Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

COVID-19 Mengajari Kita Sesuatu

Wabak pandemik COVID-19 yang pada awalnya hanya dikenali dengan nama Corona Virus mula merebak di Wuhan, China pada pertengahan Disember 2019. Semenjak itu wabak penyakit ini mula tersebar ke seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Di Malaysia, ia mula dikesan pada 25 Januari 2020 dan penyakit ini terus meningkat secara mendadak pada bulan mac. Ekoran penularan COVID-19 semakin teruk, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac hingga 31 Mac, ia bertujuan untuk menyekat wabak ini terus menyerang rakyat Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan COVID-19 di Malaysia, sila layari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan di pautan berikut : http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

Siapa menyangka pada tahun 2020 kita semua diserang 'Panik'. Mungkin kita hidup terlalu selesa sebelum ini tiba-tiba hidup kita disekat dan diatur itu yang membuatkan kita jadi sedikit panik. Kita diarah untuk berada dirumah sendiri dan keluar daripada rumah apabila ada urusan penting sahaja.

Pada awal perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai masih belum mengerti. Arahan itu sepatutnya menyekat daripada kita semua berkumpul beramai-ramai, namum sebaliknya yang berlaku.

Ada golongan yang panik mula keluar membeli belah, membuatkan pasaraya menjadi sesak. Separuhnya pula mula merancang untuk pulang ke kampung disebabkan mendapat cuti yang panjang, maka ramailah yang bersesak di terminal pengangkutan awam.

Rakyat juga tidak boleh dipersalahkan, kerana kita semua tidak biasa menghadapi keadaan cemas seperti ini. Bagi yang panik akan mula buat tindakan tidak sepatutnya. Tambahan pula ada yang tidak mendapat maklumat yang jelas dan lengkap, mereka jadi keliru dan ikut apa yang orang lain buat.


1. COVID-19 Mengajar Tentang Kebersihan

Kebersihan adalah kata kunci utama dalam wabak COVID-19, kita semua perlu sentiasa mencuci tangan samaada dengan menggunakan sabun atau 'hand sanitizer'. Disamping itu kita juga disarankan untuk memakai topeng (3 lapis) untuk mengelakkan jangkitan.

Mungkin sekarang ia sudah menjadi tabiat kita ketika dilanda wabak ini. Dan diharapkan amalan kebersihan ini diteruskan sampai bila-bila, walaupun COVID-19 sudah tiada lagi.


2. COVID-19 Mengajar Erti Kekeluargaan

Tak dinafikan ada dikalangan kita semua sibuk dengan urusan kerja. Pernah tak kita kira berapa jam setiap hari kita luangkan bersama keluarga? Dengan arahan Kawalan Pergerakan ini, kita semua diarahkan untuk duduk diam-diam di rumah bersama keluarga.

Duit tak boleh beli masa, selama lebih kurang 4 minggu ini kita ada 24 jam sehari untuk diluangkan bersama orang yang tersayang. Jadi luangkan masa berkualiti bersama ahli keluarga kita dengan peluang yang ada ini.

Tapi ada juga aku baca dekat media sosial, bila dah lama sangat duduk dalam rumah dengan bini. Benda lain pulak yang jadi, laki bini duk bergaduh pulak. Isk, korang ni bawa-bawalah bertenang jangan bawa bertendang.

3. Tabung Kecemasan

Sebagai langkah berjaga-jaga, aku sememangnya sediakan 'Tabung Kecemasan'. Mungkin setakat ini aku tidak terdesak untuk keluarkan simpanan kecemasan aku lagi. Mungkin sebab gaji masih ada dan juga dengan pakej ransangan ekonomi yang diumumkan oleh PM dapat memmbantu untuk sementara waktu ini.

Namum untuk keadaan yang tidak menentu seperti ini kita perlu ada pelan sokongan untuk meneruskan kehidupan beberapa bulan yang mendatang.

Kepada mereka yang masih belum ada simpanan atau dana kecemasan. Selepas ini perlulah fikirkan perkara ini dengan lebih serius. Cubalah membuat simpanan setiap bulan, biarpun sedikit asalkan konsisten.

Kali ini kita dibantu sedikit oleh kerajaan, masa akan datang kita tidak tahu. jadi persiapkan diri kita dan keluarga kita.


4. Sikap Memetingkan Diri Yang Merugikan

Dalam tempoh negara kita dilanda wabak ini, kita dapat lihat ada segelintir orang kita yang mementingkan diri. Mereka seakan tidak peduli dengan bahaya Covid-19.

Larangan untuk berkumpul tidak dipedulikan mereka. Sepatutnya amaran diperingkat awal ini sudah diambil berat oleh setiap rakyat untuk mengurankan merebaknya penyakit ini. Namum kita semua ketika itu masih belum sedar bertapa cepatnya virus ini tersebar.

Pihak berkuasa menyuruh kita berada dirumah tetapi ada yang ambil peluang cuti untuk keluar berjalan-jalan dan ada juga yang ambil kesempatan pulang ke kampung.

Mereka tidak sedar apakah tujuan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh PM kita. Bukan semata-mata nak bagi kita cuti, tetapi ia bertujuan untuk mengelakkan penyakit Covid-19 daripada terus merebak dan menyebabkan lebih ramai terkena jangkitan.

Itu belum cerita bab peniaga yang ambil kesempatan simpan stok, jual produk berkaitan Covid19 yang overclaim dan macam-macam lagi.

Jadi dapatlah kita ambil pengajaran perkara yang berlaku didepan mata kita ini untuk tidak mementingkan diri dan ambillah tindakkan yang sewajarnya mengikut arahan pihak berwajib. Fikir logik la bro.


Rasanya sudah cukup panjang aku membebel ni, sebab dah lama aku tak update blog ini itu yang panjang sikit aku menulis. Maklumlah dah bosan asyik terperap je dalam rumah. Aku masih aktif dalam dunia blogging cuma bukan dekat sini, harap selepas ini aku jadi rajin nak update blog lama ni.

Akhir kata semoga kita semua selamat daripada bencana wabak COVID19, dan cepatlah hendaknya keadaan kita kembali kepada sedia asal.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail