Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Selamat 2019 Tinggal 2018

Selamat tinggal 2018, tahun yang memberikan seribu makna. Tahun yang sangat baik kepada aku, secara peribadi, keluarga dan juga dunia online.

Setiap tahun terus berkembang. Bermula dari kecilan dan kini menjadi stabil semuanya bermula di blog ini.

Mungkin aku nampak menyepi namum sebenarnya tidak. Kita bahagia untuk hanya berada dibawah permukaan daripada menonjolkan diri. Namum itu semua tidak menghalang kita untuk mencapai apa yang kita mahukan.

Selamat 2019 Tinggal 2018


Sesuatu tentang diri aku, selepas aku bermula dengan blog ini dan mengorak langkah dengan projek online yang lain. Bertapa aku sedar yang diri ini tidak mampu menerima kerja berlebihan. Aku tak boleh 'multitasking'. Itu bukan diri aku. Sebab itulah aku abaikan blog ini dan fokus pada tempat yang lebih baik.

Sejak 2016, projek aku tersebut terus berkembang. Dan sebenarnya aku juga baru sahaja selesaikan projek untuk tahun hadapan, ia bukanlah projek baru cuma ia kesinambungan projek yang lepas.

Besar harapan ia akan berjaya dan stabil seperti 'abang'nya kini. Jadi secara hakikatnya, tahun 2019 akan menjadi tahun yang lebih sibuk.

Tahun 2018 juga memberikan hadiah istimewa kepada aku dan keluarga. Pada bulan November lepas, aku baru sahaja mendapat anak ketiga, anak lelaki. Rezeki terus bertambah buat keluarga kami yang dahulunya juga kecil. Namum untuk tahun 2019 rasanya tiada perancangan untuk tambah anak.

Dalam meniti tahun 2018, sebenarnya aku dapat belajar beberapa perkara baharu dan memberikan permulaan baharu dalam hidup.

Pada bulan Jun aku berjaya 100% berhenti merokok. Selepas beberapa kali percubaan dengan azam baru setiap tahun. Dan akhirnya berjaya. Semoga aku terus istiqamah.

Isu semasa pada tahun 2018 yang kita semua takkan lupa adalah bertukarnya tampuk pemerintahan kerajaan negara kita. Tak, aku bukan nak tulis pasal politik. Tapi siapa sangka yang berkuasa 60 tahun akhirnya tumbang.

Aku cuba faham secara hakikat proses ini. Bertapa kita diberikan kuasa (pinjaman) namum itu semuanya sementara, sampai masanya kita akan tumbang. Itulah realiti kehidupan manusia. Jadi semasa kita masih lagi ada tenaga dan kudrat gunakanlah untuk kebaikkan. Mungkin ada lakukan kesilapan, namum kita akan terus diberikan waktu untuk membetulkan keadaan, jangan sampai waktu yang membetulkan keadaan kita.

Sekian untuk tahun 2018, dan selamat datang 2019, semoga kita semua akan terus berkati dengan rezeki yang melimph ruah.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail