-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Musim Panas Musim Mengundi

Parlimen sudah dibubarkan, maka dalam masa 60 hari satu Pilihanraya Umum (PRU) perlu diadakan. Kebiasaanya di Malaysia PRU akan diadakan tak lebih daripada 30 hari selepas parlimen bubar.

Di Malaysia ada banyak musim, tapi musim mengungi adalah musim paling panas.

Pilihan ditangan masing-masing bagi mereka yang sudah berusia 21 tahun dan berdaftar sebagai pemilih. Satu kerugian apabila kita yang layak mengundi tetapi bertindak tidak mahu mengambil bahagian dalam proses ini.

Ini soal negara, siapa yang akan memerintah negara kita selama 5 tahun lagi. Jika apa-apa sahaja dasar yang akan dilaksanakan nanti itu adalah berdasarkan apa yang kita pilih hari ini.

Musim Panas Musim Mengundi


Aku pun berfikir mengundi ni tidak penting, pada usia kau awal 20-an aku tidak mendaftar sebagai pemilih. Sepatutnya pada penggal ini aku sudah 3 kali mengundi tetapi pada tahun ini adalah kali kedua aku akan menconteng kertas undi.

Sebenarnya dalam fikiran aku ada 1 perkara yang selalu aku fikirkan apabila tiba musim mengundi, iaitu samaada kita mengundi calon atau mengundi parti. Korang faham tak apa yang cuba aku sampaikan ini/

Maksud aku adalah semasa kita memangkah kertas undi, ada nama calon-calon daripada parti masing-masing. Jadi atas dasar apa yang menjadi keutamaan anda semua untuk membuat pilihan, sebab calon atau sebab parti yang calon wakili.

Kita sepatutnya memilih calon yang bagus untuk kawasan kita. Seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, bukannya YB yang tunjuk muka sekali setiap 5 tahun sahaja.

Seorang wakil rakyat perlu sentiasa mementingkan kebajikan penduduk kawasan yang telah meilih mereka dijaga dengan baik. Kuasa sebenarnya seorang wakil rakyat adalah terletak pada tangan rakyat yang memilih pada PRU.

Memang tidak patut dan keji seorang wakil rakyat apabila telah dilantik tetapi mereka angkuh dan bercakap besar. Sedangkan mereka lupa bahawa kuasa yang mereka ada sebenarnya datang daripada tangan-tangan rakyat yang mengundi.

Ada juga mereka yang mengundi berdasarkan parti. Mereka tidak kisahkan siapa calon atau bakal wakil rakyat nanti, asalkan parti yang mereka sokong menang.

Ada pro dan kontra dalam hal ini. Sesebuah parti perlukan kemenangan setiap calon untuk membolehkan mereka menang banyak kerusi dan membentuk kerajaan.

Jadi tertbuhnya sebuah kerajaan adalah hasil daripada tangan-tangan rakyat juga. Sebab itulah sebuah kerajaan yang dibentuk seharusnya menjadi pembela rakyat. Bukannya angkuh dengan kuasa mereka selepas mendapat mandat daripada rakyat.

Kalau aku bercerita pasal politik, memang sehari suntuk tak habis-habis. Cuma satu yang aku harapkan pada musim mengundi kali ini adalah "biar parlimen yang bubar, tetapi jangan silatulrahim yang bubar".

Kepada yang layak mengundi, inilah masanya. Jangan cakap anda bosan dengan politik atau tidak mahu tahu pasal politik. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia, buat pilihan yang bijak.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail