-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

2017 Ucap Selamat Kepada 2018

Selesai sudah hari-hari di tahun 2017. Satu lagi tahun yang gemilang, kami sekeluarga dimurahkan rezeki. Syukur yang tak terhingga kepada yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Setiap tahun kita banyak belajar perkara baru, setiap musim cabaran datang dalam situasi berbeza. 2017 cukup baik terhadap kami, semuanya berjalan lancar dan diberikan lebih lagi dengan bunos berganda.

Perkara yang aku belajar dalam setahun ini cukup bermakna untuk dibawa ke tahun-tahun berikutnya.

2018


Pertama, pada awal tahun. Aku terpaksa tinggal berjauhan dengan isteris dan anak-anak. Mereka tinggal di kampung untuk menjaga bapa mentua aku yang terpaksa di menjalani pembedahan jantung.

Tingal berjauhan dengan keluarga membuatkan aku sedar. Hidup aku sekarang adalah untuk mereka. Kekuatan sebenarnya aku separuh terletak pada anak-anak aku. Tanpa mereka, hidup jadi kosong.

Kedua, berkenaan bapa mentua aku yang kena buat pembedahan jantung pada awal tahun ini. Sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada aku. Doktor cakap, peluang untuk pembedahan berjaya adalah 50-50. Tiada jaminan.

Tapi bapa mentua aku cakap, kita hanya mampu ikhtiar, selebihnya kita tawakkal kepada Allah S.W.T.

Alhamdulillah, bapa mentua aku berjaya dalam pembedahan Bypoass jantung, urat pahang kirir dan kanan diambil. Dan kini dia dalam proses untuk sembuh yang mengambil masa. Semoga terus sihat untuk masa akan datang.

Berkenaan diir aku pula, terutama dalam kerja dan membina keluarga aku. Aku belajar tentang PELUANG. Kita kena bijak untuk merebut peluang. Setiap kali ia datang jangan kita lepaskan.

Pada prinsip aku, peluang dan usaha adalah rezeki daripada Allah S.W.T. jadi kita tidak boleh sia-siakan begitu sahaja setiap peluang yang datang dan juga usaha yang dititiskan.

Berhasil atau tidak, itulah tawakkal kita kepada Allah.

Selamat tahun baru 2018, dan selamat tinggal 2017. Semoga tahun hadapan akan lebih gemilang.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail