Alat penyaman udara secara umumnya mempunyai jangka hayat yang panjang, sesuai dengan harganya. Tetapi terdapat beberapa faktor lain yang akan mempengaruhi selama mana alat penyaman udara itu dapat berfungsi dengan efisien. Antaranya ialah tahap dan cara penggunaan, serta kekerapan melakukan penyelenggaraan atau servis.

4 Langkah Mudah Untuk Tingkatkan Jangka Hayat Penyaman Udara Anda
Jadi, jika anda memiliki alat penyaman udara di rumah, pastikan anda lakukan empat langkah mudah ini untuk meningkatkan jangka hayat alat penyaman udara tersebut.1. Lakukan pemeriksaan menyeluruh setiap tahun
Setiap alat penyaman udara perlu diperiksa secara menyeluruh setiap tahun. Pakar penyaman udara akan lakukan pemeriksaan pada unit dalam dan unit luar, dan jika terdapat sebarang kerosakan atau bahagian yang sudah menunjukkan ciri wear and tear, mereka akan baiki dengan segera.
2. Cuci penapis udara selalu
Bagi alat penyaman udara yang kerap digunakan, penapis udara akan cepat dipenuhi dengan habuk. Jadi, jika anda menggunakan alat penyaman udara lebih dari 6 jam sehari, pastikan penapis udara diperiksa dan dicuci sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Jangan risau, rutin ini sangat mudah untuk anda lakukan sendiri. Anda hanya perlu gunakan tangga untuk cabut penapis udara pada unit dalam penyaman udara, dan cuci habuk yang terkumpul sehingga bersih. Biarkan kering dan pasangkan semula. Anda pasti dapat merasakan perbezaannya.
(Baca: Improve Your Home Air Quality in 6 Easy Ways)
3. Berikan ruang sekitar unit luar penyaman udara
Kebiasaannya unit luar alat penyaman udara untuk rumah atas tanah atau landed property akan diletakkan di halaman atau kaki tiga rumah. Tetapi kawasan sekitar unit luar penyaman udara sering dihalang oleh pokok atau barangan lain dan menyebabkan unit luar itu tidak dapat berfungsi dengan efisien. Jadi, berikan ruang selebar 3 kaki di sekeliling unit luar, dan pastikan tiada daun-daun kering yang tersekat pada unit luar tersebut.
4. Periksa laluan air keluar
Lembapan yang terkondensasi pada unit dalam penyaman udara akan dilepaskan dalam bentuk air melalui laluan air keluar. Sebarang kebocoran atau kerosakan pada laluan ini akan menyebabkan air tidak dapat mengalir keluar dengan lancar dan akhirnya menitis keluar dari unit dalam penyaman udara. Jadi, lakukan pemeriksaan berkala pada laluan air keluar dan gantikan bahagian yang rosak dengan segera.
(Baca: Why Is Your Aircon Leaking?)
Saya harap langkah mudah di atas dapat memberikan anda sedikit idea tentang langkah mudah untuk memastikan unit penyaman udara di rumah anda sentiasa berada dalam keadaan efisien. Sesetengah langkah penyelenggaraan itu nampak mudah dan lebih jimat jika anda lakukannya sendiri. Tetapi bagi kerosakan yang lebih serius atau sudah sampai waktunya untuk penyaman udara anda diservis secara menyeluruh, dapatkan perkhidmatan daripada pakar penyaman udara untuk lakukannya.
Layari Recommend.my untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan servis di seluruh Malaysia. Anda kini boleh dapatkan sebut harga secara online dengan hanya beberapa langkah mudah sahaja.