Kebetulan tadi aku tengah melayari facebook ternampak bro Hasrul Hassan kongsikan segmen terbaru. Katanya nak bantu trafik blog naik mencanak macam roket.
Sebagai manusia yang ada semagta inquiri, jadi ia menarik aku untuk turut serta. Lagipun dah ramai blogger lain turut serta dalam segmen ini.
Kebetulan sekali lagi, aku pun memang dah lama tak tulis entri baru. tahun 2017 sudah masuk bulan Mac, tapi entri masih belum banyak macam blog orang lain.
Alang-alang dah ada segmen 'power' macam ini, kita cuba dulu baru tahu.

Jika anda pun berminat nak turut serta segmen 'power' ini, mesti nak kena penuhi syarat-syaratnya. Jangan risau ini bukan syarat nak masuk meminang Puteri Gunung Ledang.
Syarat-syarat yang bro HH minta adalah seperti berikut :-
1. Nak kena ada blog. Iyalah kalau tak ada blog macam mana dia nak bantu naikkan trafik.
2. Kena buat satu entri atau artikel dekat blog masing-masing. Macam entri yang aku tulis ini la. Wajib bukan sunat, setiap entri kena letak banner segmen dan dipautkan ke link segmen tersebut.
3. Berikan satu URL blog post yang kita mahukan trafik dia naik mencanak macam roket yang dilancarkan naik ke bulan sipi-sipi nak langgar tahi bintang.
Baiklah, aku mahu bro HH berikan trafik yang padu pada entri ini : http://www.bloggerlelaki.com/2017/02/buat-duit-online-dengan-adsense.html
4. Kena like page Hasrulhassan.com, HH ni blogger otai, memang dah lama aku like page dia.
5. Wajib juga kena like page Bisnes Online Tanpa Modal. Okey dah, aku dah like lama juga.
6. Dan akhir sekali kena follow Google Profile Hasrul Hassan. Juga sudah lama aku follow, cucuk rapat-rapat.
Apabila sudah siap tulis entri ringkas untuk segmen ini, syarat-syarat sudah dipenuhi, maka anda perlu menghantar URL penyertaan di ruangan komen pada entri segmen tersebut.