
Pada aku jika memang niat kita nak buat duit dengan blog, langkah pertama kita sudah semestinya berada dilandasan yang betul untuk menghasilkan wang.
Hala tuju dan gerak kerja perlu kearah untuk menjana duit melalui blog. Kita sudah tahu celah mana, lubang mana yang hendak kita gali.
Takkanlah kita nak cari emas tapi pergi gali lombong bijih timah. Itu maknanya kita sudah silap langkah atau tiada perancangan awal sebelum kita memulakan sebarang kerja.
Oleh sebab itu, kita kena buat perancangan awal. Jika kita tersesat jalan sekalipun kita boleh bertanyakan kepada yang pakar. Pendek kata kita perlu tahu apa yang kita nak.
Kita dengar orang buat duit banyak dengan blog, kita nak buat juga. Tapi kita tak tahu mana hala yang hendak kita tuju, ia akan jadi satu kerja yang sia-sia dan tak hairan jika ia akan terhenti sekerat jalan.
Bila sampai satu masa kita tidak dapat tengok hasil macam yang orang lain dapat mulalah kita patah semangat, berputus asa.
Jadi nak buat sesuatu kena ada matlamat, cari ilmu berkaitan walaupun sekadar asas. Biasalah kita baru nak mula memang banyak kekurangan, sebab itu apa yang kita tidak tahu kita jangan malu nak tanya orang yang tahu.
Buat blog memang untung kalau kena dengan caranya. Tapi perlu ingat kita sebagai orang Islam, rezeki nak kena cari yang halal.
Bila dengar sahaja bab duit, kita terus gelap mata. Buat perkara menghalalkan cara demi duit.
Kini sumber pendapatan utama blog aku adalah melalui adsense. Nak jana duit melalui adsense kita perlu jana trafik masuk ke blog kita.
Nak dapatkan trafik aku tarik daripada enjin carian google. Caranya adalah melalui teknik SEO. Walaupun tak 'terrer' macam otai-otai SEO tapi alhamdulillah ia berjaya mendatangkan hasil.