iLancee.com bukan laman baru, mereka sudah bermula sejak 2014. dan pada tahun ini mereka kembali dengan semangat baru untuk menyediakan satu tempat untuk orang buat duit secara online dan juga buat mereka yang perlukan servis tertentu seperti artikel, design grafik, edit video dan sebagainya.
iLancee diwujudkan untuk menolong usahawan digital kecil menjana pendapatan dengan mudah dan kos yang minima. Disamping itu, secara tidak langsung untuk pasaran Malaysia khususnya akan ada satu tempat untuk mereka yang perlukan khidmad freelancer.

Jika anda ada kemahiran seperti edit gambar guna photoshop, guna illustrator, mahir guna after effect, mampu menulis artikel dengan baik, pandai buat blog atau apa sahaja. Itu adalah sebahagian kemahiran yang diiklankan di iLancee, jangan sia-siakan bakat yang anda ada. Anda boleh jadikannya salah satu sumber pendapatan tambahan.
Maklumlah, kita faham zaman sekarang ekonomi semakin meruncing. Ramai orang perlu buat sampai 2 kerja atau lebih untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan. Jadi inilah satu satu jalan yang ada untuk anda buat duit kerja dari rumah dengan iLancee.
Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
Untuk anda mula buat duit dengan iLancee, pertamanya anda perlu daftar akaun disana. proses pendaftaran tersangatlah mudah, cuma masukan alamat e-mail, kemudian masukkan nama dan password. Selepas anda membuat pengesahan melalui satu e-mail yang dihantar. Anda sudah boleh bermula.Kembali ke laman iLancee, anda akan nampak satu butang "Jual Servis". Ya, klik disitu untuk mula menjual servis anda dan buat duit.
Selepas klik "Jual Servis" anda akan dibawa ke halaman 'Masukkan Job". Disini anda akan diberikan 3 pilihan pelan bisnes iaitu Standard Seller, Advance Seller dan Super Seller.
Ini langkah pertama yang perlu anda lakukan, jadi pilihlah pelan yang berbaloi dengan servis yang akan anda tawarkan.
Pada langkah kedua, anda perlu mengisi butiran lengkap berkenaan servis yang ingin anda tawarkan. Kepada mereka yang sudah biasa dengan Fiverr ini mungkin tidak menjadi masalah.
Pada bahagian ini anda dikehendaki memasukan tajuk servis anda, contohnya "Saya akan tulis artikel untuk anda dengan RM25". Pada bahagian tajuk memainkan peranan juga, tulis ayat promo yang menggoda untuk menarik perhatian pelanggan.
Selepas itu anda perlu menetapkan berapa kadar cas atau harga untuk servis anda. Bagi aku harga seharusnya diletakkan biar berpadan dengan servis dan juga tenaga yang akan kita gunakan nanti. Tidak guna kita letak harga tinggi jika servis kita tidak sepadan, begtu juga kalau kita letak harga terlalu murah adakah ia berbaloi dengan tenaga usaha kita nanti untuk menyiapka setiap order. Jadi letaklah harga yang kita rasa berbaloi.
Seterusnya kita perlu juga menetapkan tempoh masa yang akan kita ambil untuk menyiapkan satu-satu servis. Jika terlalu lama, mungkin pelanggan tidka tertarik, jika terlalu singkat mungkin akan menyeksakan kita pula terkejar-kejar masa untuk siapkan servis. jadi letak tampoh masa hantar biarlah mengikut kemampuan kita.
Kemudian anda pelu pilih kategori servis. Jangan pula anda buat servis menulis artikel, tetapi anda pergi pilih kategori grafik dan design.
Pada bahagian penerangan, tulis ayat yang mengancam dan terma servis yang anda tawarkan. Biar orang baca dia faham dengan jelas. Bukannya apa kita tidak mahu berlaku salah faham kelak.
Sediakan beberapa keping gambar promosi berkualiti yang "catch-eye" untuk menarik minat orang untuk klik dan melanggan servis kita. Bahagian ini penting jika anda ingin membuat servis grafik dan design, kiranya ini akan menjadi porfolio untuk hasil kerja anda.
Iyelah, takkanlah kita nak letak gambar serabai, orang nak minta kita buat design pun fikir sampai 17 kali.
Jangan lupa juga isi dibahagian "Servis tambahan", ini adalah untuk berikan pilihan dan tawaran kepada pelanggan.
Sebagai contohnya, kita buat servis menulis artikel. Pada servis asal kita letak harga 1 artikel dengan nilai harga RM 30.00. Pada "Servis tambahan" kita mungkin boleh letak 2 artikel dengan harga RM50.00.
Ia bergantung kepada strategi anda untuk memberi tambah nilai kepada servis anda.
Akhir sekali anda perlu isi pada bahagian tags dan mesej arahan. Dah siap, kita terus tekan butang "Simpan".
Pada langkah ketiga, anda perlu membuat pembayaran mengikut harga pelan servis anda pilih pada awal tadi. Anda perlu membuat pembayaran dalam masa 24 jam, jika tidak servis anda akan dibatalkan selepas itu.
Kelebihan iLancee.com
Antara yang aku nampak kelebihan iLancee ini adalah:-Seller tidak perlukan lakukan promosi, kerana buyer akan datang ke iLancee dan mencari anda. Tetapi bukanlah bermakna anda tidak perlu membuat promosi langsung, jika lebih promosi lebihlah duit masuk.
Buyer akan dilindungi, sebab segala urusan pembayaran akan masuk ke akaun iLancee terlebih dahulu. Ini adalah untuk keselamatan buyer itu sendiri. Jadi ini akan mengelakkan daripada buyer daripada ditipu oleh seller. Duit sudah bayar tapi seller senyap sampai sudah, ini yang kita tidak mahu berlaku.
Macam seller sendiri juga tidak perlu risau, kerja sudah siap tapi bayaran tidak dapat. Sebab buyer perlu membuat pembayaran telebih dahulu kepada pihak iLancee. Kerja sudah siap barulah bayaran akan dikreditkan ke akaun anda.
Kiranya ini adalah situasi menang-menang diantara seller dan buyer. Tidak akan timbul isu berbangkit dikemudian hari.
iLancee juga akan menjadi lubuk anda buat duit dengan kerja dari rumah. Jika servis anda bagus dan sering menarik perhatian pelanggan, tidak mustahul ia akan menjan pendapatan tambahan yang lumayan untuk anda sebagai seller.
Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative Studio,Semanis Kurma, Bina Blog Sendiri, Best Autoresponder, Panduan Bisnes Ebook, Buat Duit Blog,Best Hosting, Affiliate Malaysia, Poslaju Tracking, Infobiz FB Ads, BinMuhammad, Seri Nian Blogger, Hiburan Sabah, Top Seo Friendly, Sentiasa Panas