Aku nak berehat dulu beberapa hari sebelum mulakan buku baru di tahun 2017 nanti. Iyelah tahun baru azam pun mesti nak kena baru atau diperbaharukan dengan tenaga dan semangat baru.
Sepanjang tahun, pasti ada kisah suka dan duka, namum kita kena sentiasa positif dan buang jauh-jauh hal yang negatif. Bawa haruman positif sahaja untuk menempuh tahun 2017.
Tahun 2016, secara peribadi aku anggap tahun paling cemerlang sepanjang aku buat blog sejak penghujung tahun 2013. Akaun pada tahun ini ditutup dengan jayanya.
Walaupun aku sebenarnya tidak suka untuk mengukur kejayaan sebuah blog berdasarkan jumlah pendapatan yang dijana, namum kejayaan bergantung pada matlamat masing-masing.
Pada awalnya aku mula buat blog bukan sebab duit. Namum sampai satu tahap kita diberikan jalan dan dipermudahkan untuk menikmati rezeki daripada hasil usaha kita. Bak orang kata daripada minat menjadi sumber rezeki.
Tahun ini, 2016 aku mula buat duit dengan blog secara lebih serius berbanding tahun-tahun sebelum ini. Dan nyata rezeki aku melimpah ruah tahun ini. Salah satu puncanya adalah daripada adsense dan kejatuhan matawang ringgit menjadikan rezeki masuk berlipat kali ganda.
Jadi tahun 2017 akan tiba beberapa hari lagi akan mebuka satu perjuangan baru. Pertama untuk mengekalkan apa yang sudah dicapai dan juga untuk meningkatkan lagi percapaian tahun 2016.
Dan dengan izin Allah S.W.T ada projek baru untuk tahun hadapan sudah direncana. Semoga ianya akan menepati sasaran awal.
Ianya projek untuk jangka masa panjang, jadi, pada tahun hadapan adalah untuk membina tapak dan mulakan langkah untuk terus berkembang.
Insyallah , maknanya aku kena usaha lebih pada tahun hadapan.