Pengajuran Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 kali ini dikatakan paling meriah. Salah satu sebabnya adalah aku rasa penganjurannya tepat dengan masa, sebab itu musim cuti sekolah.

Tambahan pula penganjur MAHA 2016 kali ini lebih kreatif dengan buat beberapa aktiviti yang menarik seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik yang mungkin sedikti sebanyak menjadi tarikan kepada orang ramai untuk datang memeriahkan suasana di tapak pameran.
Mana mak ayah yang nak suruh anak-anak mereka kenal serba anika pokok, boleh terus bawa rombongan satu keluarga ke sana.
Boleh lah anak-anak kenal pokok durian macam mana, pokok nenas macam mana, rupa bentk kambing tu macam mana, jangan reti makan je.
MAHA 2016 Meriah : Catat 3.7 Juta Pengunjung
Aku baca dekat akhbar pengajuran kali ini paling berjaya sebab mencecah 3.7 juta pengunjung dalam masa 11 hari. Kau boleh bayangkanlah macam mana dia punya meriah, berpusu-pusu orang datang. Sebab itulah boleh dikatakan ini adalah kejayaan terbesar dalam sejarah penganjuran MAHA.Tak percaya boleh tengok video dekat bawah ni.
Dengan kejayaan kali ini, kita boleh lihat bertapa rakyat Malaysia mula sedar pertanian tidak kurang pentingnya juga untuk negara ini. Mungkin boleh jadi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadi petani moden, kita hasilkan produk pertanian dari dalam negara kita sendiri, tak perlu nak import daripada negara luar dah lepas ni.
MAHA di anjurkan setiap 2 tahun, jadi kalau anda nak merasa lagi selepas ini kena tunggu tahun 2018. Tahun ini ada lembu 'sado' silap-silap selepas ini ada kambing 'sado' pula.



Tahniah juga diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menjayakan MAHA 2016.
Jika anda nak tahu lebih lanjut pasal MAHA ni boleh usha dekat facebook mereka https://www.facebook.com/maha.gov.my