Kita tahu penyakit asma (asthma) sememangnya sukar untuk diubati, malah pengidap asma juga sukar untuk melakukan aktiviti harian yang terbatas disebabkan penyakit yang dihidapinya.
Jadi selain daripada kita biarkan pesakit bergantung kepada ubatan kimia dan inhaler untuk meredakan penyakit asma, sebolehnya kita cuba sembuhkannya secara semulajadi. Sebabnya kita tidak tahu apa kesan sampingan dalam jangka masa panjang hasil daripada pengambilan ubatan moden secara berterusan
Ya, kita tahu, ubatan kimia mungkin akan berikan kesan kepada tubuh badan pesakit untuk jangka masa panjang. Dan oleh itu syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1189521-H) mengeluarkan produk istimewa untuk dijadikan penawar asma.
Kontent
1 - Penyakit Asma
2 - Minyak Herba Asmak Penawar Asma
2.1 - Kandungan Bahan-Bahan Minyak Herba Asmak
2.2 - Kegunaan Minyak Asmak
2.3 - Kelebihan Menggunakan Minyak Asmak
3 - Harga Minyak Herba Asmak
4 - Cara Guna Minyak Herba Asmak
4.1 - Cara Guna Untuk Mengubati Penyakit Asma
4.2 - Minyak Asmak Penawar Asma Pada Bayi
5 - Bedak Asma'
6 - Agen Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd

Penyakit Asma
Penyakit asma bermula daripada keradangan pada tiub saluran pernafasan atau dikenali sebagai bronchial yang menjadi bengkak. Kesannya akan menghasilkan lendir pekat yang akan menyempitkan saluran pernafasan dan inilah yang akan menyebabkan pengidap asma menjadi sesak nafas.Pesakit asma juga sangat peka terhadap ransangan seperti debu-debu, bulu haiwan, debunga, asap rokok, udara yang tercemar dan juga keadaan udara persekitaran yang sejuk.
Sebab itulah bagi ahli keluarga yang ada pengidap asma perlu dijaga kebersihan dalam rumah terutamanya dengan membersihkan habuk atau debu, supaya udara dalam rumah sentiasa bersih dan segar.
Bagi ahli keluarga yang ada sejarah pengidap asma, besar kemungkinan untuk penyakit asma turut dihidapi oleh bayi atau anak-anaknya pula.
Tanpa berlegah masa, mari kita kenal dengan Minyak Asmak dengan lebih lanjut lagi.
Minyak Herba Asmak Penawar Asma
Produk minyak herba asmak ini diperbuat daripada 100% bahan semulajadi seperti Minyak Zaitun, Minyak Kelapa Dara, Habatussauda, Pati Gamat dan beberapa herba terpilih. Bahan-bahan yang digunakan ini sememangnya kaya dengan khasiat dan sering digunakan dalam mana-mana amalan perubatan tradisional.Formulasi minyak ini diadun dengan menggunakan teknologi nano, ia dijamin 100% selamat untuk digunakan oleh pesakit asma tanpa ada sebarang kesan sampingan. Minyak ini tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi yang boleh menyebabkan mudarat kepada pemakainya.
Minyak ini telah mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan (KKM) dan juga diproses dengan rapi dikilang yang bertaraf Good Manufacturing Practices (GMP). Jadi ia benar-benar selamat untuk digunakan oleh semua orang.
Bukan sahaja sesuai digunakan untuk kegunaan orang dewasa, minyak herba asmak ini juga sangat untuk digunakan dan menjadi penawar asma pada bayi atau kanak-kanak. Ini kerana minyak ini jenis berangin dan bukannya minyak panas.
Bukan ubat ini yang memberikan kuasa menyembuh, semuanya dengan izin Allah S.W.T. kita sebagai makhluk perlu berikhtiar dan bergantung harap pada kekuasaan-Nya. Insyallah jika kita terus berusaha dan bertawakkal pada Allah S.W.T. suatu hari nanti penyakit kita akan sembuh. Yang penting jangan berhenti berusaha dan berharap.
Kandungan Bahan-Bahan Minyak Herba Asmak
Minyak ini dihasilkan dengan campuran bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan khasiat. Ia telah melalui proses R&D yang lama untuk memastikan ia benar-benar berkualiti dan berkesan untuk merawat penyakit.Antara kandungan bahan-bahang yang terdapat dalam Minyak Asmak adalah :-
1. Minyak Zaitun
Minyak zaitun sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Ia sering digunakan untuk tujuan kecantikkan dan juga kesihatan. Dalam setiap 100 gram minyak zaitun, ia mempunyai nilai gizi seperti berikut:
- Energi : 3701 kJ (885 kcal)
- Karbohidrat : 0g
- Lemak : 100 g
- Tepu (14 g)
- Tidak monotaktepu (73 g)
- Tidak politaktepu (11 g)
- Omega-3 lemak (<1.5 g)
- Omega-6 kebocoran (3.5 hingga 21 g)
- Protien : 0 g
- Vitamin E : 14 mg
- Vitamin K : 62 mg
Minyak zaitun juga mengandungi antioksidan yang mampu bertindak dalam mencegah penyakit.
2. Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara juga telah terbukti kaya dengan pelbagai khasiat yang sering digunakan untuk mengatasi bermacam-macam masalah kesihatan. Dalam setiap 100 gram minyak kelapa dara, ia mempunyai nilai gizi seperti berikut:- Energi : 870 kcal
- Karbohidrat : 0g
- Lemak : 98 g
- Protien : 1 g
- Kalsium : 3 mg
- Vitamin A : 0 IU
- Vitamin B1 : 0 mg
- Vitamin C : 0 mg
Minyak kelapa dara kaya dengan 9 jenis asid lemak seperti asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic, dalam kajian sains yang dijalankan mendapati ia sangat bagus untuk tubuh manusia.
Minyak Kelapa Dara juga memiliki sifat anti-bakteria, anti-viral dan anti-protozoa semulajadi dan juga mengandungi antioksidan.
3. Habbatussauda
Habbatussauda, nama yang kita tidak perlu pertikaikan lagi dengan khasiatnya. Dalam setiap 100 gram minyak kelapa dara, ia mempunyai nilai gizi seperti berikut:Tenaga: 531 kcal
Protien: 20.8 g
Kalsium: 185.9 mg
Thiamin: 1.5 mg
Robiflavin: 0.1 mg
Pyridoxine: 0.5 mg
Niacin 5.7 mg
Iron: 10.5 mg
Copper: 1.8 mg
Zink: 6 mg
Fosforus: 526.5 mg
Folacin: 0.061 mg
Habbatussauda mempunyai efek brokodilator. Iaitu melebarkan permukaan bronkus dan bronkiolus pada paru-paru.
Habbatussauda mengandungi Nigellone, ia mampu bertindak sebagai bronkodilator, menghalang pembebasan histamin oleh sel mast.
Selain daripada itu Minyak Asmak ini juga mengandungi bahan-bahan semulajadi yang sememangnya sudah terbukti kaya dengan pelbagai khasiat seperti pati gamat, akar kayu dan ramuan herba-herba terpilih yang juga mampu menjadi penawar asma.
Kegunaan Minyak Herba Asmak
Mungkin ada yang terfikir minyak ini hanyalah untuk mengubati pesakit asma sahaja, sebenarnya tidak. Minyak istimewa ini ada pelbagai khasiat dan kegunaan yang juga boleh digunakan untuk merawat masalah kesihatan yang lain juga, seperti:-- Asma, semput dan lelah
- Menghilangkan batuk
- Mencairkan lendir kahak
- Melegakan Selsema
- Kegatalan akibat terkena gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya
- Menyembuh kuka
- Terkena api/benda panas
- Melegakan sakit perut
- Menghilangkan bengkak
- Lenguh-lenguh badan
- Masalah Buasir
- Mengatasi masalah sembelit
- Melegakan senggugut bagi wanita
- Melancarkan peredaran darah
- Melegakan sakit kepala dan juga migrain
- Sesuai juga untuk merawat Resdung
- Merawat sakit gigi
- Untuk rawat penyakit strok
- Juga sesuai untuk merawat ulser
Kelebihan Menggunakan Minyak Asmak
- 100% bahan semulajadi digunakan dalam penghasilan minyak ini.
- Minyak ini dijamin suci dan selamat untuk digunakan tanpa was-was.
- Minyak asmak ini telah melalui proses R&D yang cukup teliti dalam tempoh yang lama, supaya ia selamat dan juga berkesan kepada penggunanya.
- Dengan menggunakan teknologi nano, setiap sapuan minyak ini akan lebih cepat meresap pada kulit pemakainya. Oleh ini ia akan memberikan kesan penyembuhan yang lebih pantas.
- Minyak ini sangat mesra terhadap kulit penggunanya, dimana ia tidak akan memberikan kesan sampingan dan juga tidak akan menyebabkan alahan pada kulit.
- Pembeli minyak ini melalui pengedar yang sah akan mendapat nasihat cara penggunaan mengikut apa masalah yang dihadapinya dan juga akan mendapat pemantauan.
- Sangat sesuai untuk dijadikan penawar asma pada bayi.
- Sebenarnya minyak ini bukan minyak panas, cuma ia berangin oleh sebab itu ia sesuai digunakan oleh semua peringkat umur.
Harga Minyak Herba Asmak
Harga sebotol Minyak Herba Asmak ini adalah RM39.00, isi kandungannya adalah 30ml. Boleh didapati daripada agen atu pengedar-pengedar MHAMSB yang sah.Cara Guna Minyak Herba Asmak
Disini saya juga akan kongsikan cara guna atau pakai minyak asmak ini. Caranya penggunaannya sama sahaja dengan minyak-minyak yang lain, cuma cara dan tempat sapuan itu berbeza mengikut keadaan masalah dihadapi oleh pengguna.Sama seperti mana-mana ubat yang lain, pastikan anda goncang botol terlebih dahulu sebelum guna.
Bagi rawatan mengubati penyakit asma atau lelah
Sapu minyak asmak tadi pada bahagian leher hingga ke dada. Sapu juga pada tengkuk ke belakang. Akhir sekali sapu minyak pada telapak kaki dan juga labu betis.Sapuan haruslah konsisten dan sekerap yang mungkin terutamanya selepas mandi. Jika didapati kurang nampak perubahannya, sapuan haruslah dilakukan dengan lebih kerap untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab.
Sapuan seeloknya dibuat selepas mandi, sebelum tidur dan ketika waktu subuh.
Untuk rawatan sakit-sakit lain, sapuan dilakukan berbeza mengikut keadaan dan tempat yang berkenaan.
Jika kita gunakan minyak ini secara konsisten, insyallah ia mampu menjadi penawar asma kepada pengidapnya.
Minyak Herba Asmak Penawar Asma Pada Bayi
Seperti mana yang saya nyatakan diatas tadi minyak herba asmak ini sesuai juga untuk dijadikan penawar asma pada bayi dan kanak-kanak.Cara sapuan untuk bayi juga sama seperti cara penggunaan diatas tadi, cuma ibu bapa perlu beri perhatian dengan mengamalkan menepuk belakang badan bayi (bahagian kiri dan kanan) dengan membuat tangan membentuk c-cup.
Langkah ini bertujuan untuk memudahkan kahak atau hingus dikeluarkan daripada tempat berkumpulnya kahak atau hingus.
Jangan risau selepas
Bedak Asma'
Selain daripada itu syarikat ini juga ada mengeluarkan produk Bedak Asma'. Bedak ini bagus digunakan untuk merawat ekzema, psoriasis, ruam, kudis buta, kurap, panau dan lain-lain.
Bedak istimewa ini diperbuat daripada tanah liat putih yang dijamin 100% bahan semulajadi, jadi ianya selamat untuk kegunaan semua peringkat umur.
Bedak Asma' juga sesuai untuk merawat masalah kulit seperti jerawat, untuk menjaga kecantikkan kulit serta mencerahkan kulit.
Harga bagi Bedak Asma' adalah RM30.00
Agen Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan dengan menjadi agen atau pengedar yang sah.Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen, boleh ke link di bawah atau hubungi terus :
Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website Minyak Herba Asmak :
http://penawarasma.com.my/
Instagram : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/
Facebook Page : Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/
Minyak Herba Asmak HQ:
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/
Youtube :
https://www.youtube.com/channel/UCW7XwJbaxkXCKe3f7NEucag