Adat ini kita warisi sejak berzaman, tok nenek kita dulu pun macam ni jugak. Orang yang ada pangkat dan gelaran akan lebih dihormati dan dipandang tinggi. Pengaruh mereka lebih besar apabila berada dalam masyarakat.

Jangankan kerabat diraja atau pembesar dan wakil rakyat. Orang dulu-dulu begitu menghormati kerjaya seorang cikgu dan juga pengawai kerajaan. Kalau dulu, di kampung-kampung ada cikgu yang memiliki pengaruh di kalangan penduduk, mereka begitu dihormati.
Zaman kolonial, orang dulu-dulu panggil 'orang putih' dengan 'Sir' atau 'Tuan'. Sebab kita hormat orang.
Tiada apa yang salahnya tentang semua ini, sehinggalah ada orang yang pergunakan gelaran dan pangkat untuk kepentingan sendiri.
Ya, itulah punca masalahnya. Ada sesetengah orang kita sendiri yang suka mengambil kesempatan dengan menggunakan gelaran dan pangkat.
Kini lebih teruk sebab ada yang sanggup beli dan tipu tentang gelaran dan pangkat mereka. Orang kita pula begitu hormat, tanpa unsur periksa dan selidik terus kita salam cium tangan.
Aku tak nak kecam siapa-siapa. Kita cuma kena selalu beringat. Jangan sampai kena tipu oleh bangsa kita sendiri.
Pengajaran daripada beberapa kisah yang berlaku di dalam masyarakat kita kebelakangan ini adalah jangan beri peluang kepada golongan ini mengunakan gelaran dan pangkat untuk terus menipu.
Salah tetap salah. Namum bukan hak kita untuk menghukum itu urusan dia dengan tuhan. Jika dia buat salah dengan orang sekalipun itupun bukan juga urusan kita, itu urusan dia dengan orang yang dia tipu.
Kita cuma perlu berhati-hati agar tidak terkena, itu sahaja.