Jom kita bincang cara optimasi gambar dalam entri blog untuk SEO Friendly.
Optimasi gambar juga menjadi salah satu teknik SEO on-page. Malah kita juga sebenarnya boleh mendapatkan trafik daripada hasil carian di Google Image.
Mungkin ini tips asas teknik SEO, namum ianya sangat berguna kepada mereka yang baru nak belajar buat blog sendiri.
Baiklah aku pun malas nak sembang panjang-panjang, jadi kita terus baca apakah yang patut kita lakukan untuk optimasi gambar blog agar mesra SEO.

Kenapa kita perlu optimasi gambar dalam blog kita?
Ada 2 faktor yang penting perlu kita faham kenapa perlu kita titik beratkan juga pasal gambar dalam blog.Kelajuan loading blog, gambar antara file yang lambat muaturun di internet. Tanpa optimasi gambar pada blog akan beri kesan kepada laoding blog kita.
Bot enjin carian tidak dapat melihat gambar apa yang kita upload. Jadi kita perlukan optimasi untuk beritahu bot untuk menerangkan gambar itu tentang apa.
Sebelum kita pergi lebih lanjut untuk proses optimasi gambar, disini saya ada beberapa tips yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk cari gambar untuk entri blog.
Pilih Gambar Yang Sesuai Dengan Entri.
Ketika kita menulis entri, selain daripada memikirkan ayat untuk dibuat karangan. Kadang-kadang kita pusing juga hendak cari gambar yang sesuai.Ada pendapat yang menyatakan bahawa kita sebolehnya elakkan daripada menggunakan gambar daripada Google Images.
Salah satu sebabnya takut-takut kita terambil gambar yang ada copyright.
Jadi sebagai altenatif kita boleh gunakan stok gambar daripada laman yang menyediakan gambar untuk kita guna dalam blog kita.
Antaranya
1. Free Digital Photos
2. Morgue File
3. Pixabay
4. Anda boleh Google sendiri taip je "Stock Image" atau sewaktu dengannya.
Lebih bagus jika gambar itu adalah gambar milik anda sendiri daripada album kamera atau smartphone anda.
Ataupun anda boleh gunakan fungsi print screen / screen shot.
Cara Optimasi Gambar Blog Untuk Seo Friendly
1. Namakan file gambar anda betul
Sebelum anda upload gambar ke entri blog, pastikan ia sudah dinamakan dengan betul. Nama file gambar haruslah ada kaitan dengan isi kandungan entri blog.Jadi untuk optimasi SEO, anda perlu masukan keyword pada nama gambar tersebut.
Sebagai contoh entri anda bertajuk "Cara Buat Kek Paling Sedap", dan nama gambar seharusnya diletakkan seperti ini "buat-kek-paling-sedap.jpg".
Ingat! pastikan anda letak 'dash' diantara perkataan, jangan sambung terus ayat yang ingin ditulis. Walaupun tidak salah untuk anda sambung terus ayat, namum adalah lebih baik kita mudahkan lagi untuk dibaca.
Wrong Format - "eejsdfcc93883.jpg"
Okay Format - "buatkekpalingsedap.jpg"
Perfect Format - "buat-kek-paling-sedap.jpg"
2. Saiz, Compress Dan Format Gambar
Bahagian ini juga penting, sebab saiz gambar yang besar akan melambatkan loading blog anda.Apatah lagi kini Google amat menitikberatkan kelajuan loading blog dan menjadi salah satu faktor untuk SEO Friendly.
Tip memilih saiz ukuran gambar yang sesuai.
Walaupun begitu, janganlah sampai anda upload gambar yang terlalu kecil, sampai orang nak tengok pun tak nampak.Macam aku selalu buat, aku akan pastikan lebar (width) gambar sepadan dengan lebar bahagian entri blog aku.
Kebiasaannya lebar bahagian kontent blog sekitar 600 px hingga 700 px. Sebenarnya ia bergantung kepada theme/template blog anda. Pastikan anda tahu berapa lebar dia..hehehe
Jika saiz gambar yang anda download itu besar, jadi edit semula gambar untuk dapatkan saiz yang sesuai.
Aku suka guna Photoshop, jika tak ada guna software ini. Anda boleh buat secara online, guna tool seperti PicResize dan PicMonkey.
Cara compress gambar
Adakalanya gambar yang kita download adalah gambar yang 'high quality'. Jadi ia akan memberikan kesan untuk loading gambar tersebut.Jika anda perasaan setiap gambar ada dia punya size samaada KB atau MB.
Aku selalunya akan gunakan gambar yang bersaiz 100Kb kebawah.
Beberapa tool yang adan boleh guna untuk compress gambar adalah TinyPNG. Guna Photoshop pun boleh juga.
Format gambar - JPEG, PNG atau GIF
Ada banyak sebenarnya format untuk gambar, jika anda budak grafik pasti tahu pasal ini.Namum kebiasaannya yang selalu kita jumpa adalah JPEG, PNG dan GIF. Jadi yang mana satu format gambar sesuai untuk dimuatkan dalam entri kita?
Aku lebih suka guna format JPEG, sebabnya format ini selalunya mempunyai size yang lebih kecil dengan kualiti yang okey.
3. Masukkan ALT text
Kegunaan 'ALT Text' adalah untuk memberikan penerangan tentang gambar tersebut. Ianya tidak akan dapat dilihat dengan mata kasar, ia tidak muncul pada entri blog kita.Inilah yang aku cakap tadi bot enjin caria tidak dapat melihat gambar. Jadi melalui 'ALT Text' akan membantu enjin carian mengenal pasti gambar kita tentang apa.
Jadi ianya juga penting untuk tujuan teknik SEO.
Sama seperti nama gambar kita tadi, pada ALT text kita perlu juga masukkan keyword yang ada kaitan dengan entri kita.
Contoh ALT Txt :
<img src="buat-kek-paling-sedap.jpg" alt="cara buat kek paling sedap"/>
Untuk blogspot anda boleh masukan ALT Text seperti langkah dalam gambar dibawah.
Klik pada gambar > Prosperties > Isikan diruangan Title text dan ALT text.

Jangan lupa untuk isikan juga ruangan 'Title'.
Nota tambahan optimasi gambar blog
Dengan 3 langkah diatas gambar blog anda sudah di optimasi untuk mesra SEO. Namum aku ada sedikit penambahan untuk diberi perhatian.Height & Width
Pastikan anda masukan juga 'Height dan Width' parameter pada code gambar, pada blogspot kita boleh setting seperti gambar dibawah. Tujuannya adalah untuk melancarkan kelajuan loading blog.
Sebenarnya ia sudah disetting secara default. Jadi anda cuma perlu pilih adalah diantara Small, Medium, Large dan X-Large. Jika anda pilih Original size, code Height & Width akan hilang.
Dibawah ini pula untuk setting secara manual. Kalau tak reti buat je cara diatas tadi.

Buang Hyperlink
Secara default blogspot akan masukan hyperlink untuk gambar yang diupload. Aku kebiasaannya akan buang hyperlink ini. Sebab aku taknak ada banyak link keluar.Cara paling senang nak buat adalah dengan klik pada gambar, selepas itu klik pada hyperlink. Boleh rujuk gambar dibawah ini.
Klik pada gambar > Klik pada Hyperlink. Jika ada kotak biru bermakna ia masik ada link.

Sekian dahulu perkongsian ilmu saya kali ini, jika ada apa-apa penambahan boleh beri ulasan dibawa ini untuk kita berkongsi-kongsi pendapat.