-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Proton Saga Premium (2016) Vs Perodua Bezza Advance

Proton meneruskan persaingan mereka apabila model baru Proton Saga 1.3 (2016) dilancarkan, kini persaingan terdekatnya adalah Perodua Bezza.

Kedua-dua model ini berada dalam segmen yang sama, jadi tersangatlah adil kita membuat perbandingan diantara kedua-dua model kereta sedan ini yang dikuasakan dengan enjin 1.3 liter.

Model mana yang lebih mengancam jiwa untuk dipandu dijalanraya? Jom kita lihat perbezaan spesifikasi diantara Proton Saga Premium (2016) dan Perodua Bezza Advance (2016).

Proton Saga Premium (2016) Vs Perodua Bezza Advance

Perbandingan : Proton Saga Premium (2016) Vs Perodua Bezza Advance

Sebelum ini aku ada membuat perbandingan diantara Proton Saga Plus (2015) dengan Bezza, dan kini aku update perbandingan untuk model yang lebih terkini.

Spec Proton Saga Premium (2016) Perodua Bezza (2016) Proton Saga Plus (2015)
POWERTRAIN
Engine 1.3L VVT, I4 DOHC 16V 1NR-VE with Dual VVT-i CamPro IAFM, 4-cylinder, DOHC 16V
Total Displacement (cc) 1,332 1329 1332
Bore x Stroke (mm x mm) 76.0 x 73.4 72.5 x 80.5 76.0 x 73.4
Compression Ratio 10:01 11.5 : 1 10:01
Maximum Output (hp[kW]/rpm) 94(70)/5750 94 (70)/6000 94 (70)/5750
Maximum Torque (Nm/rpm) 120/4000 121/4000 120/4000
Fuel Tank Capacity (Litre) 40 36 40
PERFORMANCE
Maximum Speed (km/h) 155 km/h 155
Acceleration (0-100km/h) 13.1 saat 14.5
Fuel Consumption 5.7L/100km (with ECO Drive Assist ) 4.5L/100km (with 'Eco Idle' system) 6 (at 90km/h)
EXTERIOR - CHASSIS & DIMENSIONS & WEIGHT
Tyre/wheel size 185/55R15 Silverstone Kruizer1 NS800 tyres 175/65 R14 alloy rims (5-spiral-spoke) 185/60R14 - Alloy
Overall L x W x H (mm) 4331/1689/1491 4150/1620/1510 4278 x 1680 x 1520
Wheelbase (mm) 2465 2455 2465
Track Front/Rear (mm) 1410 / 1405 1446 / 1446
Kerb Weight (kg) 1075 930 1055
Luggage capacity (l) 420 508 413
PRICE - ON THE ROAD (OTR)
Peninsular RM45,800.00 RM50,800.00 RM38,080.00
East Malaysia RM47,800.00 RM53,000.00 RM40,940.00
Labuan RM44,470.00 RM48,771.01 RM38,360.00
CRASH SAFETY RATINGS
ASEAN NCAP 4 Bintang 5 Bintang 3 Bintang
ANCAP Not tested Not tested 3 Bintang
EuroNCAP Not tested Not tested Not tested




Proton Saga Vs Perodua Bezza

Proton Saga adalah kesinambungan daripada model pertama keluaran Proton. Jadi nama Saga sendiri sudah lama meniti dibibir rakyat Malaysia sejak 1985.

Namum begitu bagi aku Proton telah mengambil masa yang terlalu lama untuk mengembangkan model ini. Sepatutnya sudah lama Proton menghasilkan Saga yang baharu untuk terus bersaing. Kini mereka sudah tenggelam dan mencuba untuk bangkit.

Manakala Bezza adalah model sedan pertama keluaran Perodua bermula 2016. Kenapa Perodua begitu berani untuk mencuba pasaran sedan, aku anggap kejayaan Myvi telah memberi keyakinan kepada mereka.

Proton Saga baru keluaran 2016 adalah generasi ke-3 dalam keluarga Saga. Dan model ini pada awal kemunculannya dulu pernah menbanggakan Proton, namum sejak kebelakangan ini jualan Proton berada dibawah Perodua.

Proton sudah pastinya meletakkan harapan besar kepada Saga baru untuk kembali bersaingan dalam pasaran tempatan. Pada aku lebih penting adalah untuk Proton kembalikan keyakinan pengguna untuk membeli kereta Proton.

Aku cuma buat pembandingan untuk model 'full spec' iaitu antara Proton Saga Premium dan Perodua Bezza Advance.

Enjin : Proton Saga vs Perodua Bezza

Perodua Bezza menggunakan enjin 1NR-VE. Manakala Saga (2016) guna Enjin 1.3 VVT (menggantikan IAFM+). Dari segi keupayaan enjin pula hampir setara antara model ini, tidak jauh berbeza.

Berikut pula adalah antara beberapa perbezaan diantara model kereta ini adalah :-

1. Proton Saga Premium hanya mengunakan 'manual key' berbanding Perodua Bezza Advance yang guna 'Keyless Push Button'. Sepatutnya Proton meneruskan apa yang telah dibuat pada Iriz dan Persona.

2. Ruang boot belakang Saga (420 liter) lebih kecil berbanding Bezza (508 liter). Perbezaan sebanyak 88 liter untuk mengisi barang. Namum tempat duduk belakang Saga boleh dilipat untuk mengisi lebih muatan.

3. Tangki minyak Saga dengan 40 liter berbanding Bezza dengan kapasiti 36 liter. Perbezaan yang sangat tipis, namum jika dalam keadaan mendesak ketika minyak hampir nak habis dan stesen minyak berada jauh mungkin ia sedikit membantu.

4. Saga menggunakan 'Timing Belt', manakala Bezza guna 'Timing Chain'.

5. Proton Saga didatangkan dengan 2-DIN Radio CD, manakala Bezza dengan Touchscreen Radio DVD/MP3.

6. Kedua-dua model ada 'reverse camera', tetapi Saga Premium menggunakan reverse camera yang di muatkan pada cermin pandang-belakang. Ianya sama yang ada pada Proton Exora high spec.

7. Proton Saga memiliki 'Stereng Tilt', dimana kita boleh laras kecondongan stereng untuk keselesaan pemanduan untuk disesuaikan dengan ketinggian pemadu. Manakala Bezza pula tidak boleh dilaraskan.

8. Beza Harga Proton Saga Premium dengan Perodua Bezza Advance adalah sebanyak RM5000. Tidaklah jauh sangat perbezaan harga ini. Apa yang sepatutnya menjadi penilaian adalah model kereta yang mana memiliki spesifikasi yang lebih berbaloi untuk dibeli, jadilah pembeli yang bijak.

9. Proton Saga (2016) lebih panjang sedikit berbanding Saga FLX dan juga Perodua Bezza.

10. Bumbung Saga (2016) juga direka berasaskan konsep bumbung pagoda, dengan rekaannya mempunyai lekuk pada bahagian tengah sama seperti yang ada pada Toyota 86 dan Vios.



Proton Saga Safety Test Result - ASEAN NCAP

Nampaknya Proton Saga gagal menandingi rating yang dicapai oleh Bezza. Proton hanya mampu mencapai 4 bintang untuk ujian pelanggaran. Namum begitu ia berjaya mengatasi rating yang dicapai untuk model Saga FLX.

Untuk melihat keputusan ujian lebih lanjut boleh lihat disini.

Proton Saga Safety Test Result - ASEAN NCAP

Proton Saga Safety Test Result - ASEAN NCAP

Proton Saga Safety Test Result - ASEAN NCAP

Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP

Untuk melihat keputusan ujian lebih lanjut boleh lihat disini.

Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP

Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail