-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Harga Proton Persona Baru 2016

Proton dijangka akan melancarkan model Proton Persona baru pada 23 Ogos 2016. Model Persona kali ini dibangunkan berasaskan model Proton Iriz. Ia menjadi antara salah satu model kereta Proton yang dikhabarkan akan dilancarkan untuk tahun 2016.

Model Persona baru ini akan ditampil dengan 4 variasi iaitu Proton Persona 1.6 2016 Standard MT/CVT, Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT, Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT dan Proton Persona 2016 1.6 Premium SE CVT.

Proton Persona Baru 2016

Proton Persona Baru 2016

Proton Persona model sambungan daripada model Proton Gen-2, dimana ia menjadi pengganti kepada model Proton Wira. Ia diperkenalkan pada tahun 2007 dengan enjin Campro.

Dan pada tahun 2008, Proton Persona SE dikeluarkan. Disusuli Persona Elegance pada tahu 2010 dan Persona SV pada 2013.

Sebelum ia dilancarkan sudah banyak kali tersebar gambar model Persona baru ini yang digelar Iriz Sedan.

Enjin Proton Persona 2016


Enjin Proton Persona 2016

Spesifikasi Persona 2016 baru ini menggunakan enjin 1.6 VVT petrol. Enjin yang digunakan oleh Proton Persona 2016 secara mekanikalnya adalah sama seperti enjin Proton Iriz 1.6 liter.

Cuma ada penambahbaikkan iaitu ia menggunakan Unit komputer ECU jenis terbaharu, bagi transmisi CVT pula dilengkapi varian automatik yang semakin lancar dan bertambah linear.

Persona baru ini enjinnya diikat pada 3 engine mount. Ia mampu menyerap lebih gegeran dan mampu mengurangkan kadar kebisingan sekitar 6 db didalam ruang kabin.

Pretasi enjinnya pula mampu membuat pecutan 0-100 km.j dalam masa hanya 10.9 saat.

Proton mendakawa model baru ini enjinnya dibangunkan untuk mampu memberikan penjimatan dari segi penggunaan bahan api sekitar 10% untuk model automatik dan 13% bagi manual (untuk pemanduan 90 km/j secara purata) berbanding model Persona lama.

Fuel consumption (FC) atau pengguna bahan api diunjurakan mampu mencapai 5.6 liter/100km bagi model manual. Manakala bagi transmisi CVT pula adalah 6.1 liter/100km.


Apa Yang Baru Ada Pada Persoan 2016?


Antara penambahbaikkan lain yang dilakukan oleh Proton terhadap model baru ini adalah ruang but belakang diperbesarkan kepada 510 liter berbanding model lama hanya 470 liter sahaja.



Jarak membrek juga dipertingkatkan. kadar keupayaan memberhentikan kereta bagi Persona 2016 adalah 41.4 meter berbanding model lama dengan jarak 44.6 meter untuk berhenti.

Sistem kawalan kestabilan kenderaan (VSC) di muatkan pada semua jenis model Persona 2016.



Harga Proton Persona 2016

Tempahan untuk model ini sudah dibukan dengan kadar RM300.

Kadar harga Proton Persona 2016 bagi semenanjung Malaysia adalah diantara RM46,350 hingga RM 59,800.

1.6 Standard 5MT – RM46,350 (solid), RM46,800 (metallic)
1.6 Standard CVT – RM49,350 (solid), RM49,800 (metallic)
1.6 Executive CVT – RM55,350 (solid), RM55,800 (metallic)
1.6 Premium CVT – RM59,350 (solid), RM59,800 (metallic), optional bodykit is RM1,000 extra

Spesifikasi Proton Persona 2016


Spesifikasi Umum Bagi Semua Varian Persona 2016
Enjin 1.6 liter VVT
Max Output 107 hp at 5,750 rpm
Max Torque 150 Nm at 4,000 rpm
Pecutan (0-100 km/j) 10.9 saat
Dimensi 4,387mm x 1,722mm x 1,554mm
Jarak Roda 2,555mm
Sistem Break Vebtilated Disc (Front) & Drum (Rear)
Suspension McPherson Strut (Front) & Torsion Beam (Rear)
Tangki Minyak 40 Liter
Fuel Consumption 5.6 liter-Manual & 6.1 liter-Automatik CVT
Keluasan But Belakang 510 Liter
Variasi Warna Midnight Black, Silver Moon Dust, Fire Red, Camelian Brown (warna baharu), Cotton White dan Sterling Silver


Proton Persona 1.6 2016 Standard 

Ia didatangkan dengan 2 pilihan transmisi iaitu manual dan CVT. Untuk model ini ia tidak disediakan lampu kabus.

Proton Persona 1.6 2016 Standard MT/CVT
Enjin 1.6 liter VVT
107 hp pada 5,750 rpm, 150 Nm pada 4,000 rpm
5.6 l/100 km bagi 5MT (90 km/j)
6.1 l/100 km bagi CVT (90 km/j)
Ecodrive Assist
Lampu utama Reflector halogen (tinggi boleh laras)
Lampu kabus belakang
Sensor parkir depan dan belakang
Rim 15-incikelabu (dengan tayar Silverstone Kruizer)
Cermin sisi dan pemegang pintu tidak dicat
Cermin sisi elektrik
B-pillar warna badan
Kunci Remote dan penghidup enjin dengan kunci
Unit audio Single-DIN & Bluetooth
Tempat duduk fabrik
Tempat duduk boleh dinaikkan
Kapasiti but belakang 510 liter
Tempat duduk kanak-kanak Isofix
2 beg udara
ABS dengan EBD dan BA
Vehicle Stability Control (VSC)
Hill-hold assist
Brek cakera depan, brek dram belakang


Proton Persona 1.6 Executive

Model kedua ini cuma dilengkapi dengan radio biasa, b-pillar dengan warna badan. Untuk model ini cuma trasmisi CVT sahaja yang disediakan.

Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT
Tambahan :
Lampu kabus depan
Cermin sisi dan pemegang pintu warna badan
Spoiler but belakang
Unit audio Double-DIN & Bluetooth
Konsol tengah warna kelabu berkilat
Port mengecaj USB
60:40 lipatan kerusi belakang
Trim pintu fabrik


Proton Persona 1.6 Premium

Juga cuma dikeluarkan transmisi CVT. Cuma ia ditambah dengan ciri keselamatan iaitu dimuatkan 6 beg udara. Tempat duduk diperkemaskan dengan material kulit.

Persona 2016 Touchscreen

Ia juga turut dilengkapi dengan paparan skirn sentuh, keyless entry serta body kit.

Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT
Tambahan :
Rim 15 inci warna perak (dengan tayar Goodyear Assurance)
B-pillar hitam
Keyless dengan butang penghidup
Unit skrin sentuh (Android) dengan Bluetooth dan kamera undur
Tempat duduk dan stereng kulit
Trim pintu kulit
Cermin sisi berkuasa dan boleh lipat
6 beg udara


Proton Persona 1.6 Premium SE

Pada model ini ianya sama dengan model Premium cuma ia dibezakan adalah aksesori bodykit penuh termasuk spoiler pada but belakang.

Proton Persona 2016 1.6 PremiumSE CVT
Tambahan :
Bodykit dwi tona menyeluruh


Gambar Proton Persona Baru 2016


Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016

Kredit semua gambar : Paultan.org

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail