Model Persona baru ini akan ditampil dengan 4 variasi iaitu Proton Persona 1.6 2016 Standard MT/CVT, Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT, Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT dan Proton Persona 2016 1.6 Premium SE CVT.


Proton Persona model sambungan daripada model Proton Gen-2, dimana ia menjadi pengganti kepada model Proton Wira. Ia diperkenalkan pada tahun 2007 dengan enjin Campro.
Dan pada tahun 2008, Proton Persona SE dikeluarkan. Disusuli Persona Elegance pada tahu 2010 dan Persona SV pada 2013.
Sebelum ia dilancarkan sudah banyak kali tersebar gambar model Persona baru ini yang digelar Iriz Sedan.
Enjin Proton Persona 2016

Spesifikasi Persona 2016 baru ini menggunakan enjin 1.6 VVT petrol. Enjin yang digunakan oleh Proton Persona 2016 secara mekanikalnya adalah sama seperti enjin Proton Iriz 1.6 liter.
Cuma ada penambahbaikkan iaitu ia menggunakan Unit komputer ECU jenis terbaharu, bagi transmisi CVT pula dilengkapi varian automatik yang semakin lancar dan bertambah linear.
Persona baru ini enjinnya diikat pada 3 engine mount. Ia mampu menyerap lebih gegeran dan mampu mengurangkan kadar kebisingan sekitar 6 db didalam ruang kabin.
Pretasi enjinnya pula mampu membuat pecutan 0-100 km.j dalam masa hanya 10.9 saat.
Proton mendakawa model baru ini enjinnya dibangunkan untuk mampu memberikan penjimatan dari segi penggunaan bahan api sekitar 10% untuk model automatik dan 13% bagi manual (untuk pemanduan 90 km/j secara purata) berbanding model Persona lama.
Fuel consumption (FC) atau pengguna bahan api diunjurakan mampu mencapai 5.6 liter/100km bagi model manual. Manakala bagi transmisi CVT pula adalah 6.1 liter/100km.
Apa Yang Baru Ada Pada Persoan 2016?
Antara penambahbaikkan lain yang dilakukan oleh Proton terhadap model baru ini adalah ruang but belakang diperbesarkan kepada 510 liter berbanding model lama hanya 470 liter sahaja.
Jarak membrek juga dipertingkatkan. kadar keupayaan memberhentikan kereta bagi Persona 2016 adalah 41.4 meter berbanding model lama dengan jarak 44.6 meter untuk berhenti.
Sistem kawalan kestabilan kenderaan (VSC) di muatkan pada semua jenis model Persona 2016.
Harga Proton Persona 2016
Tempahan untuk model ini sudah dibukan dengan kadar RM300.Kadar harga Proton Persona 2016 bagi semenanjung Malaysia adalah diantara RM46,350 hingga RM 59,800.
1.6 Standard 5MT – RM46,350 (solid), RM46,800 (metallic)
1.6 Standard CVT – RM49,350 (solid), RM49,800 (metallic)
1.6 Executive CVT – RM55,350 (solid), RM55,800 (metallic)
1.6 Premium CVT – RM59,350 (solid), RM59,800 (metallic), optional bodykit is RM1,000 extra
Spesifikasi Proton Persona 2016
Spesifikasi Umum Bagi Semua Varian Persona 2016 | |
---|---|
Enjin | 1.6 liter VVT |
Max Output | 107 hp at 5,750 rpm |
Max Torque | 150 Nm at 4,000 rpm |
Pecutan (0-100 km/j) | 10.9 saat |
Dimensi | 4,387mm x 1,722mm x 1,554mm |
Jarak Roda | 2,555mm |
Sistem Break | Vebtilated Disc (Front) & Drum (Rear) |
Suspension | McPherson Strut (Front) & Torsion Beam (Rear) |
Tangki Minyak | 40 Liter |
Fuel Consumption | 5.6 liter-Manual & 6.1 liter-Automatik CVT |
Keluasan But Belakang | 510 Liter |
Variasi Warna | Midnight Black, Silver Moon Dust, Fire Red, Camelian Brown (warna baharu), Cotton White dan Sterling Silver |
Proton Persona 1.6 2016 Standard
Ia didatangkan dengan 2 pilihan transmisi iaitu manual dan CVT. Untuk model ini ia tidak disediakan lampu kabus.Proton Persona 1.6 2016 Standard MT/CVT |
---|
Enjin 1.6 liter VVT |
107 hp pada 5,750 rpm, 150 Nm pada 4,000 rpm |
5.6 l/100 km bagi 5MT (90 km/j) 6.1 l/100 km bagi CVT (90 km/j) |
Ecodrive Assist |
Lampu utama Reflector halogen (tinggi boleh laras) Lampu kabus belakang |
Sensor parkir depan dan belakang |
Rim 15-incikelabu (dengan tayar Silverstone Kruizer) |
Cermin sisi dan pemegang pintu tidak dicat Cermin sisi elektrik |
B-pillar warna badan |
Kunci Remote dan penghidup enjin dengan kunci |
Unit audio Single-DIN & Bluetooth |
Tempat duduk fabrik Tempat duduk boleh dinaikkan |
Kapasiti but belakang 510 liter |
Tempat duduk kanak-kanak Isofix |
2 beg udara |
ABS dengan EBD dan BA |
Vehicle Stability Control (VSC) |
Hill-hold assist |
Brek cakera depan, brek dram belakang |
Proton Persona 1.6 Executive
Model kedua ini cuma dilengkapi dengan radio biasa, b-pillar dengan warna badan. Untuk model ini cuma trasmisi CVT sahaja yang disediakan.Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT |
---|
Tambahan : |
Lampu kabus depan |
Cermin sisi dan pemegang pintu warna badan |
Spoiler but belakang |
Unit audio Double-DIN & Bluetooth |
Konsol tengah warna kelabu berkilat |
Port mengecaj USB |
60:40 lipatan kerusi belakang |
Trim pintu fabrik |
Proton Persona 1.6 Premium
Juga cuma dikeluarkan transmisi CVT. Cuma ia ditambah dengan ciri keselamatan iaitu dimuatkan 6 beg udara. Tempat duduk diperkemaskan dengan material kulit.
Ia juga turut dilengkapi dengan paparan skirn sentuh, keyless entry serta body kit.
Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT |
---|
Tambahan : |
Rim 15 inci warna perak (dengan tayar Goodyear Assurance) |
B-pillar hitam |
Keyless dengan butang penghidup |
Unit skrin sentuh (Android) dengan Bluetooth dan kamera undur |
Tempat duduk dan stereng kulit |
Trim pintu kulit |
Cermin sisi berkuasa dan boleh lipat |
6 beg udara |
Proton Persona 1.6 Premium SE
Pada model ini ianya sama dengan model Premium cuma ia dibezakan adalah aksesori bodykit penuh termasuk spoiler pada but belakang.Proton Persona 2016 1.6 PremiumSE CVT |
---|
Tambahan : |
Bodykit dwi tona menyeluruh |
Gambar Proton Persona Baru 2016








Kredit semua gambar : Paultan.org