-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Baca Novel Online Percuma

Kini peminat tegar novel boleh baca novel online percuma. Tak kiralah samaada baca dekat laptop atau smartphone.

Ada laman untuk baca novel percuma dan juga aplikasi untuk dimuaturun kedalam smartphone. Jadi anda boleh baca novel kesukaan bila-bila masa dan dimana juga.

Jadi tiada alasan lagi untuk orang kita tidak membaca, dan orang tidak boleh lagi nak berikan kata-kata klise dengan kenyataan 'orang muda tak suka membaca buku'.

Medium sudah bertukar kini, daripada helaian kertas dicoretkan dakwat meninta cerita kini beralih ke skrin digital menjadi dalang bercerita.

Baca Novel Online Percuma

Dekat mana nak dapat aplikasi baca novel online?

Baiklah aku ada cadangan untuk anda semua baca novel terbaru secara percuma dan juga harga yang berpatutan untuk novel-novel premium.

Tahu tak NovelPlus? Mereka menyediakan aplikasi untuk membaca novel online di smartphone anda. Dengan memuatkan novel daripada pelbagai genre seperti romantik, fantic, seram, misteri, fantasi, jenayah, sains fiksyen dan cerpen.

Salah satu kelebihan jika anda menggunakan aplikasi NovelPlus adalah anda boleh menyimpan novel yang anda hendak baca dalam koleksi mudah alih, jadi anda boleh baca bila-bila masa dan dimana sahaja.

Selain itu Novel Plus juga membuka peluang kepada bakat penulis baru untuk mengetengahkan karya mereka. Ia juga sebenarnya menjadi platform untuk interaksi lebih erat antara penulis dan pembaca setia.

Jom baca novel di smartphone anda! Download NovelPlus Sekarang.

Kelebihan Novel Plus

  1. Kita boleh baca novel tanpa had, baca sampai lebam biji mata.
  2. Kita boleh dapatkan Pass Langganan untuk membaca novel-novel premium pada kadar harga berpatutan.
  3. NovelPlus menyediakan enjin carian sendiri untuk memudahkan pengguna mencari buku yang ingin dibaca berdasarkan nama penulis, tajuk buku dan genre.
  4. Kita juga boleh kongsikan buku yang menarik di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, SMS dan lain-lain
  5. Pengguna juga diberikan kuasa untuk memberikan 'rating' atau undi kepada novel yang dibaca, boleh juga berikan komen untuk pada novel tersebut untuk interaksi antara penulis dan pembaca.
  6. NovelPlus menyediakan fungsi 'menyimpan' untuk memudahkan pembaca untuk menguruskan novel-novel kegemarana mereka.
  7. Lebih menarik adalah dalam aplikasi ini kita boleh memilih aksara,  kadar kecerahan skrin, adakan kesan selak atau menyelaraskan bacaan.
  8. Jika ada yang ada bakat terpendam juga boleh menulis dan kongsikan penulisan anda melalui NovelPlus.


Dapatkan aplikasi NovelPlus di Google Play sekarang.




Top 10 Novel di NovelPlus.


Berikut adalah merupakan 10 buah novel yang dibaca secara online yang mendapat sambutan hangat di aplikasi NovelPlus.

No. Judul Novel Nama Penulis
1. Aku Bukan Cinderella Kieyah
2. Aku Cinta Kamu Ratu Adriana Nadine
3. The Young Bride Anna Sanba
4. I Love You With All My Heart Ieyra Aqish
5. You're Mine! No One Else! Mizna
6. Suamiku Pembuli Anis Natasya
7. Hubby I Love You MissEM26
8. My Intan Payung AGTHS
9. Mencari Cinta Cik Buwlan
10. Encik Suami Seripah

Tak sabar nak baca novel-novel menarik ini? Download NovelPlus Sekarang terus ke smarphone anda.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail