Iyalah, semua orang suka kepada kecantikkan. Kaum wanita memang sinonim dengan kecantikkan, kaum lelaki pula suka tengok benda-benda yang cantik...ehemm.
Jadi si isteri perlu nampak cantik dimata suaminya, supaya suami tak pandang yang lain dah..hahaha..Isteri perlu jadi wanita idaman lelaki (suaminya lah bukan lelaki lain tau)
Baiklah nak cantik ni, kenalah cantik luaran dan cantik dalaman. Kalau harapkan rupa sahaja yang cantik, dalaman kau buruk pun tak guna satu sen juga.

Kecantikan Luaran Untuk Memikat Suami
Kecantikan itu subjektif, setiap orang ada pandangan masing-masing. Lagipun dalam dunia ini mana ada manusia yang sempurna. Namum kita manusia seringkali cuba untuk mengejar kesempuranaan. Khayalan duniawi.
#1: Bersih
Namum elemen kecantikan ini ada standard dia, syarat pertama unutk cantik adalah bersih.Cantik dan bersih memang tak boleh dipisahkan bagi aku.
Muka cantik tapi tak bersih, hancur beb.
Sebab itu kaum wanita perlulah selalu menjaga kebersihan. Takkan ini pun aku nak kena ajar, mandi, cuci muka, potong kuku, gosok gigi dan macam-macam lagilah..benda simple, mudah...itu pun nak kena ajar ke.
Satu lagi para isteri perlu jaga adalah kebersihan rumah. Rumah sentiasa kemas, suami penat-penat balik kerja pun rasa tenang, rasa macam pulang ke surga dunia.
Iyalah, dah rumah macam tongkang pecah, mana mau nya suami nak rasa gembira, rumah bersepah sampaikan suami nak tengok isteri pun tak nampak..hahaha.
#2: Kemas
Selesai bab bersih, kita pergi kepada perihal kekemasan.Isteri perlu nampak kemas dan rapi, sikat rambut berminyak nampak berkilat. Ikat rambut gaya toncang pun abang suka kot. Asalkan jangan rambut mengerbang macam hantu kak limah sudah lah.
Pakaian juga tampak kemas, walaupun cuma duduk dirumah. Tak perlu sampai tahap melaram, tapi cukuplah sekadar nampak kemas, biar terserlah kecantikkan semulajadi seorang suri rumah.
#3: Nampak menawan
Suami mana yang tak suka kalau rupa wajah isteri dia nampak menawan menggoda qalbu. Tak perlu nak ajar kot, sebab kaum wanita ni dah hebat bab solekan dan kosmetik ni.Kalau tak reti pergilah belajar, bukan untuk orang lain untuk suami sendiri juga. Lagipun aku rasa ada banyak tutorial dan kelas-kelas asas solekan ni.
Masa duduk rumah buatlah cara duk kat rumah, bukannya nak suruh bersolek 24 jam. Cukuplah wajah nampak bersih dan kemas nampak ayu semulajadi, bukan sememeh dengan tepung dan taik mata bertempek dekat muka.
Selain itu, isteri kenalah juga pandai menjaga badan. Bentuk tubuh yang menarik mampu menambat hati suami. Ini pu termasuk dalam kategori cantik bagi aku.
Kecantikkan Dalaman Isteri Menggoda Suami
Peh, ayat dia lain macam sikt. Seram pula aku nak baca...hehehe...
Bagi aku apa juga perkara tunjang utama dia adalah agama. Berpegang teguh pada jaran agama yang lain akan menyusul elok, begitu juga hal rumah tangga.
Cantik dalaman ini bagi syarat pertama dia adalah ikhlas. Keikhlasan bagi aku adalan kecantikkan dalaman yang paling menawan.
Apa sahaja yang kita buat dalam rumah tangga kita, untuk suami, haruslah bersandarlah demi Allah S.W.T. Keikhlasan tak boleh dibuat-buat ia lahir daripada hati.
Kita ikhlas buat sesuatu, kita akan berikan yang terbaik. Suami mana yang tak suka kalau isterinya berikan apa sahaja yang terbaik untuk suaminya.
Daripada keikhlasan tadilah akan terbitnya layanan baik untuk suami. Orang lelaki ni sangat suka mendapat layanan mesra daripada isteri.
Masuk bab melayan suami, pertamanya isteri perlu pandai menjaga hati suami. Jangan menyinggung perasaan suami. Jika ad abuat salah terus minta maaf kepada suami, jangan nak tunggu raya baru nak minta maaf.
Mungkin pada awal perkahwinan agak sukar, namum jika kita ikhlas dan belajar untuk memahami sifat dan sikap suami. Cuba elakkan membuat perkara yang suami tidak suka.
Mungkin ramai yang tidak sedar, ini adalah keindahan kecantikan dalaman yang mampu memberikan kebahagian rumah tangga.
Sebab cantik luaran ia takkan kekal lama, masuk umur 40-an, anak dah ramai, banyak yang dah kendur apalagi sandaran untuk isteri nampak cantik di mata suami.
Sekian dahulu tips aku kali ini,, mungkin tak sehebat tip rumahtangga macam orang lain tulis, tapi aku harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu setiap pasangan yang membacanya. Ada masa aku akan tulis petua yang lain pula.
Jadi untuk sang isteri teruskanlah berusaha pikat hati suami dengan kecantikan semulajadi anda.