-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Perodua Bezza vs Proton Saga

Apa yang membezakan Perodua Bezza dan Proton Saga? Mungkin ada yang dalam dilema tak tahu hendak memilih kereta mana yang berbaloi untuk dibeli.

Untuk baca perbandingan model terbaru boleh pergi ke entri Proton Saga Premium (2016) Vs Perodua Bezza Advance.

Walaupun ada yang berpesan jangan beli Perodua Bezza lagi, sebab tak lama lagi Proton akan keluarkan model terbaharu Proton Saga.

Namum belum ada berita sahih lagi. Bilakah model baru pengganti Saga FLX akan dilancarkan oleh Proton.

Jadi buat masa ini, kita bandingkan terlebih dahulu kedua-dua model Perodua Bezza Advance dan Proton Saga Plus CVT. Untuk perhatian pembaca juga, perbandingan ini dibuat berdasarkan model yang tersedia dalam laman web rasmi kedua-dua syarikat pemotoron ini.

Bukan kita nak cerita kereta mana lagi bagus, aku cuma tulis untuk perbandingan supaya memudahkan mereka yang pening tak tahu nak beli model yang mana satu. Sama macam entri Proton Iriz vs Perodua Myvi sebelum ini, korang komen duk bergaduh dekat situ dah kenapa?

Perodua Bezza vs Proton Saga


Perbandingan : Perodua Bezza vs Proton Saga


Spec Perodua Bezza Proton Saga
POWERTRAIN
Engine 1NR-VE with Dual VVT-i CamPro IAFM, 4-cylinder, DOHC 16V
Total Displacement (cc) 1329 1332
Bore x Stroke (mm x mm) 72.5 x 80.5 76.0 x 73.4
Compression Ratio 11.5 : 1 10:1
Maximum Output (hp[kW]/rpm) 70/6000 94 (70) / 5750
Maximum Torque (Nm/rpm) 121/4000 120 / 4000
Fuel Tank Capacity (Litre) 36 40
PERFORMANCE
Maximum Speed (km/h) 155
Acceleration (0-100km/h) 14.5
Fuel Consumption 22.0 (with 'Eco Idle' system) 6 (at 90km/h)
EXTERIOR - CHASSIS & DIMENSIONS & WEIGHT
Tyre/wheel size 175/65 R14 alloy rims (5-spiral-spoke) 185/60R14 - Alloy
Overall L x W x H (mm) 4150/1620/1510 4278 x 1680 x 1520
Wheelbase (mm) 2455 2465
Track Front/Rear (mm) 1410 / 1405 1446 / 1446
Kerb Weight (kg) 930 1075
Luggage capacity (l) 508 413
PRICE - ON THE ROAD (OTR) - METALLIC
Peninsular RM 50,800.00 RM 38,080.00
East Malaysia RM 53,000.00 RM 40,940.00
Labuan RM 48,771.01 RM 38,360.00
CRASH SAFETY RATINGS
ASEAN NCAP 5 Bintang 3 Bintang
ANCAP Not tested 3 Bintang
EuroNCAP Not tested Not tested



Jika dilihat secara kasar kedua-dua model ini ada beza yang agak ketara sebenarnya. Lagipun kedua-dua model begitu ketara tarikh keluaran mereka.

Selain itu kita semua tahu, model Proton Saga menggunakan Timing Belt, manakala Perodua Bezza Advance pula menggunakan Timing Chain.

Bagi drivetrain pula Perodua Bezza menggunakan Transmisi Conventional Automatic 4-kelajuan, yang dibuat oleh kilang Akashi Kikai. Manakala Proton Saga pula menggunakan CVT Automatic with SAT function yang dibuat oleh Punch Powertrain.


Safety

Ini bahagian paling utama aku rasa untuk sebuah kereta. Jadi isu keselamatan sememangnya patut diambil berat oleh semua pengeluar kenderaan diatas muka bumi ini.

Baiklah , kedua-dua model ini menyediakan 2 Beg Udara untuk pemandu dan penumpang. Serta dilengkapkan dengan alarma dan immobilizer.

Namum apa yang lebih Perodua Bezza adalah ia dilengkapi dengan ABS/EBD dan stability control.

Baiklah berikut adalah keputusan ujian keselamatan bagi kedua-dua model.

Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP

Untuk melihat keputusan ujian lebih lanjut boleh lihat disini.

Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP

Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP

Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP


Berikut adalah keputusan penuh bagi kedua-da ujian ini, Asean NCAP dan ANCAP

Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP


Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP

Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP

Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP


Miscellaneous

Sistem audio, bab ini memang nampak ketara Perodua Bezza  memiliki kelebihan. Bezza didatang lengkap dengan Toucscreen radio DVD/MP3 player serta mirrorlink, bluetooth, navigasi GPS dan 4 speaker. Manakala Proton Saga hanya dilengkapi dengan VAPS/Radio CD/MP3/WMA.

Perodua sekali dihadapan dengan memperkenalkan Keyless Push Button dengan auto start/stop. Sedangkan Proton Saga menggunakan kunci manual. Mungkin ia akan dimasukkan dalam model Saga yang akan datang, sebab Proton Iriz pun ada menggunakan Push Start Button.

Perodua Bezza juga memiliki parking sensor 2 dibahagian depan dan 2 dibahagian belakang, manakala Proton Saga hanya ada 2 sensor dibahagian belakang sahaja.


Aku sebenarnya teruja untuk saksikan apakah yang bakal dibawa oleh Proton untuk model Saga terbaharu nanti, adakah ia akan dilancarkan dengan penuh gaya mengatasi spesifikasi Bezza.

Jangan lupa juga untuk baca "Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir"

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail