Akma Omar sememangnya antara blogger yang aku tahu kerap juga menganjurkan kontest besar. Pada 2014 aku juga pernah menyertai dan tersenarai sebagai salah seorang pemenang dalam "Contest Bonus Akhir Tahun 2014".
Alhamdulillah rezeki aku sertai contest anjuran AkmaOmar.com, sebanyak dua kali percubaan aku dan dua kali membuahkan hasil. Walaupun tak berjaya memang hadiah utama, itu sudah memadai dan berpuas hati sebab yang turun padang bertanding bukan calang-calang orang semuanya otai-otai yang power.
Kalau aku tak silap inilah contest SEO kedua yang aku sertai pada tahun ini, dalam satu lagi contest yang dianjurkan oleh Mrjocko.com, ia sedikit berbeza sebab contest SEO dilangsung dalam masa singkat iaitu cuma seminggu sahaja. Dan Alhamdulillah aku berjaya menang hadiah nombor satu melalui entri "Neffos C5 Live Fun".

Pemenang Kategori SEO
Sebenar agak suka nak kejar blogger hebat Bin Muhammad, sebab dia yang juga menjadi penaja mendapat backlink bertalu-talu daripada semua entri perserta yang lain. Entri aku berjaya lepak dekat ranking nombor satu buat seketika sahaja, sebaik sahaja bro BM masuk, entri dia terus gagah menerajui kontest.Lagipun Bin Muhammad ni bukan calang-calang orang, teknik SEO dia memang power. Sebenarnya usia domain blog dia masih baru berbanding blog aku. Namum dalam masa yang singkat dia berjaya menaikkan blog baru dia jadi setanding blog lama dia dahulu.
Dalam hari-hari terakhir sebelum garisan pernamat, aku sebenarnya sedang berlumba dengan blogger muda yang hebat teknik SEO iaitu Calrase Patrick. Kalau ada yang perasan, sebenarnya dalam beberapa hari terakhir entri blog aku dan Calrase Patrick bersilih ganti menduduki tempat ke dua.
Tambahan pula, blogger otai Hasrul Hassan yang menyertai di penghujung kontest telah membuat SERP agak sedikit kacau. Berlaku beberapa perubahan ketara pada ranking SERP.
- Dammahumnib.com
- BloggerLelaki.com
- Calrasepatrick.blogspot.com
- KongsiBersamaNora.blogspot.com
- Mejuez.com
- HasrulHassan.com
- AderAkuKeysah.blogspot.com
- TopSeoFriendly.blogspot.my
Pemenang Bonus Facebook Share
Bahagian ini memang aku tak kacau, boleh kira dengan jari berapa kali aku share dekat media sosial. Dekat facebook pun aku jarang share. Sebab itu aku respek dekat blogger yang mendapat jumlah share yang banyak dekat media sosial. Aku nak kena menuntut ilmu dengan mereka ni.- AderAkuKeysah.blogspot.com [2532 share]
- DillaAdilla12.blogspot.my [641 share]
- MommyFiqa.com [147 share]
- TopSeoFriendly.blogspot.my [123 share]
- MurniMohdYusof.blogspot.com [72 share]
Ribuan terima kasih diucapkan kepada AkmaOmar.com dan semua penaja yang sudi menyumbang. RF3 World,RF3Worldmy.wordpress.com, OmbakCreatives.com, BengkungOpah.com,AlphaLipid.my, dammahumnib.com, KongsiBersamaNora, Onlajer.com, Afiffuddin.com