Tuah buat France selaku tuan rumah, aksi mereka di Final Euro 2016 nanti akan disaksikan oleh rakyat mereka sendiri.

Ini merupakan kali ke-3 France menjadi tuan rumah. Pertama kali mereka menjadi tuan rumah buat edisi Euro Cup yang pertama iaitu pada tahun 1960. Pada edisi ini mereka hanya berpuas hati dikedudukan ke-4.
Pada penganjuran Euro 1984, kenangan manis buat France mereka berjaya menjadi juara Euro buat pertama kali di gelanggan sendiri. Adakah memori 1984 akan diulangi sekali lagi kali?
Selain itu, penyokong France sudah semestinya masih ingat kenangan manis Piala Dunia 1998, dimana mereka menjadi tuan ruamh dan menjadi juara. Ya, adakah mereka akan lakukan hatrick kejuaraan dilaman sendiri.
Portugal, nama yang tidak pernah tercatat di mana-mana trofi kejuaraan besar baik Euro Cup ataupun World Cup. Namum mereka pernah mara hingga ke final, pada edisi Euro2004 mereka menjadi tuan rumah dan mereka tewas kepada Greece.
Kita tahu semangat penjajah ini tidak pernah pudar. Ini adalah percubaan kali ke-4 Cristiano Ronaldo untuk menjulang kejuaraan berprestij Eropah ini.
Road To Final Euro 2016
Portugal - A Seleção das Quinas

Ramai yang tidak menjangkakan Portugal akan mara sehingga ke peringkat Final. Aksi mereka ketika diperingkat kumpulan kurang menyakinkan.
Dalam saingan Kumpulan F, Portugal hanya mampu mencatatkan 3 keputusan seri, mereka penghuni tangga ke-3 yang paling bertuah.
Syukur kepada peraturan baru dan carta third-placed yang membenarkan Portugal layak ke Round of 16 untuk bertemu dengan lawan yang tidak kurang hebatnya iaitu Crotia. Juga mereka masih mahukan keputusan seri, namum Crotia ditewaskan oleh jaringan gol pada masa tambahan.
Aksi di suku akhir, Portugal masih belum pamer keghairahan untuk menang, sekali mereka mahu mencatatkan keputusan seri dengan Poland. Dan mereka memilih untuk menang melalui sepakan penalti.
Bertemu Wales di semi final, barulah anak cucu Alfonso De Albuquerque tersedar dari lamunan. Mereka berjaya mencatat kemenangan pertama mereka dalam masa 90 minit di Euro 2016.
Kumpulan F :
Portugal 1-1 Iceland
Portugal 0-0 Austria
Hungry 3-3 Portugal
Round of 16 : Crotia 0-1 Portugal (gol dijaringkan dalam masa tambahan)
Quarter Final : Poland 1-1 Portugal (Portugal menang penalti 3-5)
Semi Final : Portugal 2-0 wales
France - Les Bleus

Aksi pasukan tuan rumah ini tampak garang, diperingkat kumpulan mereka beraksi dengan baik mengekalkan rekod tanpa kalah dan menjadi juara diperingkat kumpulan A.
Ketika aksi di peringkat Round of 17, Griezmann menjadi wira apabila menjaringkan 2 gol selepas Ireland terlebih dahulu mendapat gol seawal minit ke-2 menerusi sepakan penalti.
Layak ke suku akhir, bukanlah halangan sukar buat mereka. France berpesta gol membenam Iceland 5-2.
Sedikit debaran di pusingan semi final, bertemu pasukan kuat seperti Germany bukanlah tugas mudah. Namum sekali lagi wira mereka Griezmann beraksi cemerlang menjaringkan 2 gol untuk memastikan pasukan tuan rumah sekali lagi layak ke final.
Kumpulan A :
France 2-1 Romania
France 2-0 Albania
Switzerland 0-0 France
Round of 16 : France 2-1 Ireland
Quarter Final : France 5-2 Iceland
Semi Final : Germany 0-2 France
Rekod Pertemuan Portugal vs France
Kedua-dua pasukan pernah bertemu sebanyak 24 kali secara keseluruhan termasuk perlawanan kejohanan utama dan juga persahabatan.
France nyata memiliki kelebihan dengan memenangi 18 perlawanan berbanding Portugal yang hanay menang sebanyak 5 kali.
Untuk aksi perlawanan di kejohanan utama mereka pernah bertemu sebanyak 3 kali.
Euro 1984 - semi final, France berjaya menewaskan Portugal 3-2, gol kemenangan dijaringkan dalam masa tambahan. Pada tahun ini France menjadi juara selaku tuan rumah.
Euro 2000 - semi final, France sekali lagi mengecewakan Portugal, juga gol dijaringkan dalam masa tambahan. Dan sekali lagi France menjadi juara.
Nampak tak permainan dia, jadi kau sudah tahu siapa yang akan menang Euro 2016 ini...kah kah kah
World Cup 2006 - ini adalah semi final ketiga bagi kedua-dua pasukan. Namum sekali lagi keputusan memihak kepada France.
Rekod pertemuan 5 perlawanan terakhir
04/09/2015 : Friendly
Portugal 0-1 France
11/10/2014 : Friendly
France 2-1 Portugal
05/07/2006 - Semi final World Cup 2006 :
Portugal 0-1 France
25/04/2001 : Friendly
France 4-0 Portugal
28/06/2000 - Semi final Euro 2000 :
France 2*-1 Portugal (*Gol dijaringkan pada masa tambahan)
Selepas panjang lebar aku tulis ni, entah ada orang baca ke tidak, aku simpulkan bahawa 97% France akan menang dengan jaringan 2-1, gol kemenangan dijaringkan dalam masa tambahan.
Keputusan Penuh Perlawanan Portugal Vs France
Nampaknya 3% lagi tu nasib Portugal, mereka sekali lagi buat hal, buat gola selepas tempoh 90 minit.PORTUGAL 1-0 FRANCE
Antonio Adder 109'

