Kini satu fenomena juga adalah orang ramai lebih suka membeli belah secara online ketika di bulan Ramadhan.
Dalam satu analisis yang dibuat oleh sebuah syarikat pengiklanan digital iaitu Criteo mendapati pada bulan Ramadhan 2015 berjaya merekodkan 1.5 juta transaksi pembelian online 3 buah negara iaitu di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Pembelian lebih banyak dijangkakan akan dibuat oleh pembeli dalam minggu kedua dan ketiga Ramadhan, dalam unjuran tersebut menyaksikan peningkatan jualan sehingga 128% berbanding pada minggu pertama puasa yang hanya 39%.
Manakala dalam minggu terakhir puasa, menjelang hari raya jualan diunjurkan sedikit menurun kepada 50%.
Dalam kaji selidik itu juga telah mejangkakan lebih ramai yang menggunakan telefon pintar untuk membeli secara online, sekaligus menggantikan desktop dan laptop.
Kiranya di pertengahan bulan Ramadhan adalah waktu kemuncak orang ramai mula membeli belah secara online, mungkin disebabkan mereka mahu mengejar waktu dan juga faktor penghantaran barang yang mana mereka mahu ia sampai awal sebelum tibanya hari raya.
Menurut Criteo, antara barangan yang diramalkan akan menarik perhatian pembeli serta mendapat permintaan tinggi adalah peranti elektronik, jam tangan, barangan rumah dan pakaian.
