Berada di dalam kumpulan D bersama Crotia, Turkey dan Czech Republic. Pasukan dibawah kendalian Vicente del Bosque ini dijangka mampu melayakkan diri sehingga ke pusingan separuh akhir tanpa masalah.
Dan sudah semestinya mereka mahu melakarkan sejarah dengan membuat hat-trick kejuaraan Eropah.
Czech Republic pula turun selaku pasukan underdog. Mungkin bagi mereka keputusan seri dengan La Roja sudah mencukupi. Tambahan pula, rekod diatas kertas Spain jauh lebih baik daripada Czech Republic.
Spain vs Czech Republic

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan menyaksikan Spain memiliki kelebihan. Dalam 4 perlawanan Spain menewaskan Czech Republic sebanyak 3 kali kemenangan dan 1 keputusan seri.
Dalam 6 perlawanan terakhir Czech Republic menyaksikan prestasi yang lemah dipamerkan oleh skuad kendalian Pavel Vrba ini dengan hanya mampu mencatat 2 kemenangan, 1 seri dan 3 kekalahan.
Bagi Spain pula, dalam 5 perlawanan terakhir mereka hanya mampu mencatat 2 kemenangan, 2 keputusan seri dan dikalahkan oleh pasukan kerdil iaitu Georgia dengan keputusan 1-0.
Namum begitu, dalam 5 perlawanan terakhir Spain menyaksikan mereka bolos tidak melebihi 1 gol, ini memberikan gambaran barisan pertahanan mereka berada ditahap yang terbaik.
Ketika perlawanan persahabatan sebelum bermulanya Euro Cup, kedua-dua pasukan ada membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan Korea Selatan.
Dan keputusannya adalah Spain menumbangkan Korea Selatan dengan 6-1, manakala Czech Republic pula kecundang dengan jaringan 1-2.
Spain manager Vicente del Bosque: "We shouldn't set any limits. We can't say if we get to the semi-finals we will be happy, we need to aspire to win it. This is sport and we don't know how far we'll go, but we need to maintain the dream to fight for a third consecutive Euro title."
Czech manager Pavel Vrba: "Their team is made up of the best players in the world, who play for Real Madrid and Barcelona. So it will be a tough challenge but we will try to beat them and I hope we can – yet we know it will be very hard."
Spain: Predicted Line-up (4-3-3)
De Gea – Alba, Ramos, Pique, Juanfran – Iniesta, Busquets, Koke – Silva, Nolito, Morata.
Czech Republic: Predicted Line-up (4-2-3-1)
Cech – Limbersky, Kadlec, Sivok, Kaderabek – Darida, Plasil – Krejci, Kolar, Dockal – Necid.
Dan aku dengan riaknya akan memilih pasukan Spain sekali lagi menjadi juara Euro Cup 2016. Dalam perlawanan Spain vs Czech Republic ini aku ramal Spain akan menang dengan jaringan 4-0.
Keputusan Perlawanan Spain Vs Czech Republic
Spain 1 - 0 Czech Republic
87' Gerard Pique
