SEO atau SMO, yang mana lebih bagus? Itu bukan persoalan bagi aku, yang penting kedua-dua teknik perlu di lakukan untuk tujuan yang betul. Jangan buat blog durjana yang menyebarkan perkara-perkara buruk.
Matlamat tak menghalalkan cara. Cerita yang benar sahaja.
Jika anda ada blog, tak kisahlah blog baru atau blog lama pernah tak kita terfikir untuk audit SEO blog kita?
Jika anda utamakan SEO pada blog anda ia sememangnya perlu untuk pastikan blog anda sentiasa sihat dan kuat.

Jom Audit SEO Blog Anda
Seperti yang kita tahu SEO dibahagikan kepada Teknikal SEO, On-Page SEO dan Off-Page SEO. Jadi sebagai permulaan adalah lebih baik kita muhasabah Teknikal SEO blog kita terlebih dahulu.Dan dibawah ini adalah senarai perkara yang anda perlu semak pada blog anda. Mungkin senarai ini tidak sehebat audit yang dibuat oleh pakar-pakar SEO. Namum sekurang-kurangnya kita dapat lakukan perkara asas terlebih dahulu.
Perbetulkan jasad blog kita agar ia berada dijalan yang lurus, dan bukan menjadi blog yang menuju jalan kegelapan.
1. Indeks
Peraturan paling penting dalam teknik SEO adalah indeks. Jika halaman blog kita tidak diindeks oleh enjin carian maka blog kita memang adalah masalah dengan enjin carian.Cara nak semak senang sahaja. Pergi ke enjin carian dan taip "site:domain.com" , seterusnya klik search.
Selepas itu enjin carian akan paparkan jumlah entri blog kita yang telah berjaya diindeks.
Cuba anda perhatikan, jika halaman utama blog anda atau laman utama tidak berada di ranking yang tinggi, ini bermakna blog anda mungkin dikenakan penalti oleh enjin carian atau mungkin juga internal link structure blog anda lemah dan tidak memberi keutamaan kepada halaman yang lebih penting.
Anda juga boleh guna beberapa software untuk memudahkan kerja audit SEO blog anda antaranya
- Xenu - Boleh download secara percuma, Namum ia tidak akan berikan jumlah halaman, tetapi ia akan buat satu sitemap akan anda perlu 'paste' ke dalam Excel.
- Screaming Frog - Percuma untuk 500URL dan langganan £99.00 setahun untuk unlimited.
Boleh baca juga artikel : Cara Buat Blog Di Index Lebih Cepat Oleh Google
2. Robots.txt
Setelah anda semak jumlah halaman blog anda yang berjaya diindeks dan anda rasa ia adalah masalah. Jadi langkah seterusnya anda perlu semak fail robots.txt.Cara nak semak, juga sangat senang. Taip "domainanda.com/robots.txt" pada browse anda.
Disini anda perlu lihat samaada ia tidak menyekat crawler enjin carian untuk mengindeks halaman tertentu di blog anda. Selalunya jika anda tidak mengubah bahagian ini ia tidak menpunyai masalah.
Untuk lebih tepat anda boleh menyemak robot.txt di Google Search Console.
3. Preferred Domain
Cuba anda semak adakah blog anda boleh diakses dengan WWW dan Non-WWW. Taip http://domainanda.com/ dan juga http://www.domainanda.com/Adakah kedua-duanya boleh diakses dengan jayanya?
Jika salah satu gagal diakses anda perlu setting untuk 301 redirecting. Agar blog anda menghala ke satu laman sahaja.
4. Sitemaps
Ramai juga sebenarnya yang tidak mengutamakan sitemap ini dahulu, dan hanya submit XML sitemap menerusi Google Search Console.Namum dalam update terkini Webmaster Guidelines telah menyatakan bahawa unutk membantu Google mencari halaman blog anda salah satunya adalah dengan adanya 'sitemaps' yang boleh dibaca oleh manusia.
5. Broken Internal Links
Broken link adalah perkara yang tidak disukai oleh manusia dan SEO. Iyalah, kita klik link nak baca isi kandungan tapi link dah mati, tidak menghala ke halaman yang sepatutnya. Rasa sakit hati beb.Jika kita biarkan broken link ini sebenarnya ia adalah satu perbuatan yang sia-sia. Kerana ia sebenarnya adalah punca trafik blog kita hilang.
Jika anda nak buat semakan 'broken internal links' anda boleh gunakan software seperti :
- Google Search Console
- Xenu
- Screaming Frog
6. Mobile-Friendly
Kenapa Google kini begitu mementikan Mobile-Friendly? Sebab ramai orang sudah mula selesa menggunakan telefon bimbit untuk membuat carian di internet.
Jika blog kita tidak menyediakan blog kita dengan Mobile-Friendly, itu adalah satu perkara yang tidak bagus, malah ia boleh memberi kesan kepada 'mobile ranking'.
Anda boleh semak blog anda di Google Mobile-Friendly Test tool. Jika gagal pergilah ubah cepat-cepat sebelum terlambat..hahaha
7. Google PageSpeed
Kelajuan loading laman blog akan memberikan nilai kepada blog anda di mata Google.
Google telah menyediakan tool untuk menyemak kelajuan blog kita iaitu dengan PageSpeed Insights. Dengan tools ini ia memberikan skor (pada skala 1 -100) dan juga memberitahu apa masalah pada blog kita yang menyebabkan ia lembap.
Jika mendapat skor 65 sudah "OK", namum lebih "Good" adalah pada skor 85. Lebih tinggi skor adalah lebih bagus.
PageSpeed Insights ini ada dua bahagian iaitu untuk "mobile" dan "Desktop". Jadi kena pastikan anda mendapat skor yang bagus untuk kedua-duanya.
Satu lagi tiap daripada aku. Jangan hanya semak guna link homepage, semak juga link halaman entri. Cara aku adalah aku utamakan kelajuan loading pada halaman setiap entri blog aku.
8. Kelajuan Sebenar Halaman Blog
Selain daripada kita pastikan skor Google PageSpeed berada ditahap yang baik. Kita juga perlu pastikan blog kita benar-benar laju di dunia sebenar.
Antara tool yang kita boleh guna untuk membuat semakan kelajuan blog anda adalah Test web Page, GTmetrix dan Pingdom Tools. Selepas semakan anda akan dipaparkan eleman pada blog yang yang menyebabkan ia lambat loading, dan perlukan tindakan segera.
9. Struktur Puatan Dalaman
Pautan dalaman (internal link) juga adalah antara elemen penting pada blog. Namum pautan pada halaman akan mengurangkan nilai lain. Jadi pautan dalaman perlu dilakukan dengan cara sepatutnya, dengan mengutamakan halaman yang paling penting.
Cuba untuk unutk buat pautan dalam supaya ia fokus untuk menyalurkan trafik kepada halaman sasaran yang lebih penting.
Dan kena pastikan point nombor 5 tadi iaitu pasti tiada broken internal link.
10. Broken External Link
External link adalah pautan luar yang masuk ke link kita dan juga boleh jadi pautan daripada blog kita ke blog luar. Namum yang selalu menjadi masalah adalah pautan daripada luar yang masuk ke laman blog kita mendapat 404 error (not found).
Aku lebih suka semak broken external link di Google Search Console. Caranya mudah sahaj unutk membuat semakan iaitu dengan pergi GSC > Crawl> Crawl Errors. Dan akan terpapar pada ruangan 404 error.
Antara cara untuk mengatasi broken link ini adalah :
- Buat Custom 404 page
- Guna 301 Redirect - Boleh baca entri tutorial yang aku pernah tulis sebelum ini, Cara Memperbaiki Broken External Link di WEBMASTER TOOLS
11. Duplicate Titles & Descriptions
Duplicate titles & descriptions juga tidak bagus untuk SEO blog anda. Blog aku juga ada masalah ini, dan aku baru sahaja lakukan kerja-kerja pembaikan.
Cara nak semak masalah ini juga aku gunakan Google Search Console. Pergi ke Search Appearance > HTML Improvements. Disitu anda akan dapat lihat berapa jumlah dan jenis error yang keluar.
Disebabkan blog aku juga masik dalam proses pembaikkan ini, jika berjaya nanti aku akan kongsikan tips dan cara untuk membaiki Duplicata Titles & Descriptions.
Kredit : SearchEngineLand