Kenapa penting kita perlu memastikan blog kita mesra pengguna?
Jawapan aku mudah, sebab yang nak baca blog tu nanti adalah pengguna, bukanya diri sendiri sahaja yang nak baca. Pendek kata jangan buat orang rasa menyampah dengan blog kita.
Lagipun kita tak nak lah buat blog syok sendiri. Kita buat deko blog lawa-lawa tapi bila orang nak baca blog punyalah seksa.
Baiklah, jom kita tengok apakah faktor yang perlu kita pertimbangkan agar blog kita tergolong dalam blog yang User Friendly.
10 Ciri Blog User Friendly

1. Kelajuan Loading
Ini sudah lama menjadi isu, semua orang sukakan kepantasan. Jika blog kita perlahan 'gila', jadi itu memang dah tak menepati syarat untuk user friendly.
Jadi kena usahakan juga macam mana nak buat, biar blog loading jadi laju, berdesup macam blog aku ni..hahaha
Antara tool yang aku boleh cadangkan untuk semka kelajuan blog adalah :
Semasa semak, pastikan anda semak, pada laman homepage dan juga pada halaman entri. Ini kerana kelajuan kedua-dua halaman ini mungkin berbeza. Aku lebih utamakan kelajuan pada halaman entri, sebab itu lebih bagus.
2. Berfungsi dengan baik pada semua peranti
Bagi aku, ini adalah juga ciri penting yang perlu ada pada blog hari ini. Sebab pengguna ada banyak pilihan untuk melayari internet. Ada orang yang guna laptop, desktop, tablets, smartphone. Smartphone pula ada berlainan saiz skrin (resolution).Jadi kita perlu pastikan blog kita kelihatan baik untuk semua jenis peranti ini. Ini orang putih panggil sebagai 'responsive'.
Biarpun blog kita dibuka menerusi pernati yang kecil skrinnya, namum tulisan kelihatan jelas tanpa perlu di'zoom'.
3. Teks dan ayat mudah untuk dibaca
Saiz teks perlulah bersesuaian, tidak terlalu kecil atau terlalu besar. Teks juga perlulah yang senang dibaca, tak perlu car fonts yang pelik-pelik sehinggakan orang nak baca pun susah. Warna teks, pastikan ia mudah dilihat oleh pembaca.Kita kena pastikan pengguna dapat membaca bog kita dengan baik, dan tidak menganggu tumpuan pembaca.
Ayat pula kena ikut tatabahasa dan ejaan yang betul. Titik noktah, koma perlu digunakan ditempat yang sepatutnya. Jangan buat karangan tanpa titik noktah, tercungap orang nak baca nanti.
Lagi satu apa yang aku cuba praktikkan sekarang adalah penulisan untuk lebih mesra pembaca di mobile. Sebab itu aku lebih banyak menulis ayat dengan perenggan yang pendek.
Sebab bagi aku, perenggan yang terlalu panjang menyebabkan pembaca di mobile rasa tak selesa dan hilang tumpuan.
Jadi dengan ayat dan perenggan yang pendek, mereka dapat baca dengan teliti setiap point yang kita tulis.
4. Bukan untuk tujuan iklan semata-mata
Ya, memang ramai yang buat blog untuk duit. Salah satu cara nak buat duit melalui blog adakah pasang banner iklan.
Kita faham blogger pun perlukan duit untuk bayar bil internet, yang pakai domain perlukan duit nak bayar domain dan hosting bagai.
Tapi kena pastikan juga pengiklanan diblog kita tidak menganggu pembaca.
Paling aku menyampah adalah yang jenis keluar iklan popup. Banner iklan keluar menutup artikel kita nak baca.
Apa ni, tak salah pun letak iklan cuma janganlah over sangat. Orang lain pun ada blog jugak, ada pasang iklan juga.
5. Kontent berkualiti
Tiada penilaian yang tepat, atau markah untuk kontent berkualiti. Ini bukan macam buat karangan zaman sekolah dulu-dulu. Pada pendapat aku kontent berkualiti ini adalah kita menulis tentang perkara yang pembca ingin baca.Macam kita tulis tajuk entri pasal 'keputusan perlawanan bolasepak' kita shere dekat Facebook. Tapi apabila orang klik link enri kita, baca dalam tu tak ada sepatah pun ayat berkenaan bolasepak.
Jadilah penulis yang baik dengan berikan maklumat yang tepat dan dapat membantu pembaca. Itulah erti kualiti pada sesuatu kontent pada aku.
Mungkin korang ada pendapat lain, jadi kita boleh berkongsi idea dalam ruangan komentar dibawah. Sekian, terima kasih.