Menurut siaran akhbar yang diterbitkan dalam jurnal Angewandte Chemie, teknologi ini menggabungkan electron-enriched graphene electrod bersama sel solar dye-sensitized yang akan dipacu oleh kedua-duanya samaada matahari dan hujan.
Ini akan menjadi penyelesaian kepada kaveat lama panel solar yang mana hanya mampu mengeluarkan (output) tenaga optimal pada hari yang cerah sahaja.
Profesor Qunwei Tang, Xiaopeng Wang, Pei Zhi Yang dan Benlin dari Ocean University of China juga mendakwa dengan pembangunan terbaru ini akan membantu memajukan lagi "all-weather solar cells".
Sel solar dye-sensitized yang menggunakan pewarna organik untuk menyerap cahaya matahari. Apabila cahaya menyentuh sel-sel solar tadi, elektron akan terhasil, kemudiannya akan diserap oleh semi-conductive untuk menghasilkan arus elektrik.
Dengan menambah lapisan nipis graphene, para saintis mengusulkan bahawa sel-sel solar mampu menghasilkan kuasa berpunca daripada garam yang terkandung dalam titisan air hujan.
Jika projek panel sel solar dwi-cuaca ini berjaya. Ia akan memberi manfaat yang cukup besar, lebih mesra alam dalam menghasilkan sumber tenaga kepada manusia.