Fungsi baru ini akan dilaksanakan secara serentak untuk IOS dan Android pengguna secara percuma.
Walau bagaimanapun, gergasi media sosial ini masih belum menawarkan kepada pengguna untuk fungsi panggilan video dalam 'group', fungsi panggilan video hanya untuk perbualan one-to-one sahaja setakat ini.
Menurut jurucakap Facebook, adakalanya dengan menaip sahaja tidak mencukupi dan orang lebih suka bercakap diantara satu sama lain.
Fungsi ini akan diaktifkan pada telefon pintar anda sebaik sahaja aplikasi dikemaskini. Ikon telefon akan muncul untuk perbualan di 'group'. Dan fungsi ini hanya terhad untuk 50 peserta sahaja.
Fungsi ini aku rasa akan lebih berguna untuk group membuat perbincangan atau meeting secara online, dan mungkin ia akan menjadi persaing yang sengit buat Skype dan Google Hangouts untuk panggilan video.