Terkini AnTuTu baru sahaja mengeluarkan senarai Top 10 kedudukan teratas Central Processing Unit (CPU) dan Graphics Processing Unit (GPU) bagi tahun 2016.
Dalam senarai Top 10 yang terbaru, chip smartphone yang ditujangi oleh Qualcomm Snapdragon 820 kini menjadi chip yang paling pantas. Memintas persaingnya iaitu chip Apple A9.
Dalam pengujian AnTuTU yang terkini, Qualcomm Snapdragon 820 mendapat score 136,383 perbezaan sebanyak 4000 point berbanding Apple A9 di tempat kedua dengan score 132657.
Qualcomm Snapdragon 820 kini sudah dimuatkan pada beberapa smartphone keluaran terbaru seperti Samsung Galaxy S7, S7 Edge, G5 LG dan Xiaomi MI5.
Dari segi grafik pula, Snapdragon 820 (Adreno 530 GPU) jauh meninggalkan pesaingnya yang lain dengan score 55098 berbanding Apple A9 (PowerVR GT7600) yang hanya mendapat score 39104.
Keupayaan GPU ini anda akan terasa apabila sering bermain Game yang mempunyai grafik yang tinggi.
Mungkin ramai pengguna smartphone tidak pernah ambil kisah pasal keupayaan CPU dan GPU. Namum kesannya kita akan rasai apabila kita menggunakan telefon tersebut. Dengan keupayaan CPU yang tinggi smartphones kita tidak akan ada gangguan kelembapan atau 'lag' yang menyakitkan hati semasa menggunakannya.
Nak tahu CPU smartphone anda laju ke sendu, kita boleh uji sendiri. dengan install AnTuTu Benchmark di android atau di iOS anda.