Saya sendiri pernah mengambil peperiksaan Latihan Separa Perubatan ini, tetapi pada masa itu peperiksaan tidak dilakukan secara online, saya terpaksa pergi ke dewan Hospital USM, Kubang Kerian untuk menduduki peperiksaan.
Awal pagi lagi saya kena bangun untuk pastikan diri berada awal di dewan peperiksaan. Jadi calon-calon sekarang sudah cukup bertuah sebab peperiksaan dilakukan secara online. Cuma perlu tunggu sahaja didepan komputer.
Sebenarnya soalan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan yang diajukan tidaklah sesukar mana, namum jika kita gugup dan tidak membuat persiapan awal, ia boleh buatkan kita gagal.
Bagi saya, untuk menduduki peperiksaan adalah kita perlu menjawab soalan dengan tenang. Tak kiralah peperiksaan online atau semasa berada di dewan peperiksaan.
Jadi sebagai salah satu langkah persiapan kita, kita perlu tahu serba sedikit format peperiksaan online yang bakal kita jawab nanti.

Format Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2016
Sedikit info pasal peperiksaan online ini, catat tarikh dan masa dalam telefon bimbit untuk bersiap sedia.- Tarikh : 8 Mac 2016
- Hari : Selasa
- Masa : 8.00 malam - 9.35 malam
Untuk pengetahuan calon, kertas soalan peperiksaan online Diploma Latihan Separa Perubatan ini dibahagikan kepada 2 seksyen iaitu :-
- Seksyen A : Ujian Psikometrik
- Seksyen B : Pengetahuan Am
Seksyen A : Ujian Psikometrik
Soalan pada seksyen ini adalah untuk menilai personaliti dan sahsiah diri setiap calon. Sebenarnya pada untuk menjawab soalan pada seksyen ini tidak susah, sebab soalan diajukan adalah untuk menilai diri kita, jadi berikanlah jawapan yang terbaik untuk menggambarkan diri kita.
Soalan yang akan ditanyakan dalam seksyen ini akan merangkumi skop seperti berikut :-
Jangan gopoh untuk menjawab soalan ini, fikir dengan tenang. Sebabnya jawpaan anda nanti akan memberikan refleksi diri kita, sikap, cara pemikiran dan tindakan kita terhadap diri.
Jadi sebolehnya setiap calon harus berikan jawapan yang positif, jawab dengan teliti.
Soalan yang akan ditanyakan dalam seksyen ini akan merangkumi skop seperti berikut :-
- Kemahiran Berfikir
- Sikap
- Perwatakan
- Emosi
- Dan sebagainya
Jangan gopoh untuk menjawab soalan ini, fikir dengan tenang. Sebabnya jawpaan anda nanti akan memberikan refleksi diri kita, sikap, cara pemikiran dan tindakan kita terhadap diri.
Jadi sebolehnya setiap calon harus berikan jawapan yang positif, jawab dengan teliti.
Seksyen B : Pengetahuan Am
Pada Seksyen ini, ia bertujuan untuk menguji pengetahuan am setiap calon. Jadi untuk menjawab soalan pada seksyen ini anda perlu ulangkaji berkaitan isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia dan dunia.
Ulangkaji juga dalam bab hal ehwal politik, dasar-dasar kerajaan yang terkini.
Selain itu kita juga boleh ulangkaji hal-hal berkaitan hospital dan klinik. Cari maklmuat berkaitan rancangan kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan.
Kita juga boleh mengulangkaji senarai institusi kesihatan yang ada di Malaysia, seperti :-
- Institut Kesihatan Umum (IKU)
- Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
- Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
Latihan Separa Perubatan
Sedikit lagi info pasal Latihan Separa Perubatan ini adalah kita akan dipecahkan pula kepada beberapa bahagian yang kita minat, seperti berikut adalah latihan bertaraf diploma:-
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
- Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
- Latihan Jururawat
- Latihan Jururawat Pergigian
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Juru X-Ray
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Dan ada pula latihan yang bertaraf sijil iaitu :-
- Latihan Jururawat Masyarakat
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Sebelum anda diserap masuk untuk menjalani latihan, fokus terlebih dahulu untuk lulus Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan ini.
Selamat menduduki peperiksaan, dan jawab soalan dengan tenang. Jangan lupa untuk dapatkan dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan, ekslusif daripada Prof Hariz di http://profhariz.com/contoh-soalan-peperiksaan-online-latihan-separa-perubatan/
Jangan lupa untuk baca entri pasal Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29.
Jangan lupa untuk baca entri pasal Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29.