Walaupun dari segi rekabentuk Samsung masih mengekalkan asas yang dibina pada Galaxy S6. Namum model ini telah ditambahbaik lagi berbanding model yang lepas. Evolusi bagi model ini ini sebenarnya dimulakan sejak kelauaran S5 lagi.
Jika anda kini sedang berkira-kira hendak membeli telefon baru, Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge memang patut anda pertimbangkan. Kepada peminat tegar telefon pintar keluaran Samsung, upgrade kepada model S7 mungkin berbaloi untuk anda.
Kenapa Anda Patut Beli Samsung Galaxy S7 atau Galaxy S7 Edge?
Siri model Galaxy kini semakin bertambah baik, Galaxy S7 adalah kesinambungan daripada apa yang telah dibuat pada model Galaxy S5 lagi. Kini beberapa ciri telah ditambah baik oleg Samsung untuk menampaknya telefon ini benar-benar pintar.
Kalis Air (Waterproofing)
Air adalah musuh utama telefon, inilah alahan utama barang-barang elektronik. Jadi Samsung datangkan Galaxy S7 dan S7 Edge dengan ketahanan kalsi air. Samsung telah menguji, Galaxy S7 dan S7 Edge mampu bertahan selama 30 minit di dalam air dengan kedalaman 1.5 meter.
Samsung telah menutup pada bahagian komponen-komponen dalaman penting untuk menghalangnya daripada terdedah kepada air apabila terendam dalam air.
Expandable Storage
Pada Galaxy S7, Samsung telah kembalikan slot kad memori microSD yang tidak ada pada S6. Kali ini telah ditambahbaik dengan kapasiti maximum sehinggan 200GB. Jadi dengan S7 dan S7 Edge kita kembali boleh menyimpan data di external memory card.
Menariknya slot kad memori kali ini akan di sekalikan dengan tray untuk kad sim. Dan beberapa akan mempunyai pilihan untuk tray dual sim tanpa slot memori kad microSD.
Kamera Low-light
Kini sudah masanya kita tak perlu risaukan pasal megapixel. Samsung tampilkan S7 dengan hanya 12MP berbanding 16 MP pada S6.
Namum Samsung menjanjikan kualiti kamera dan gambar yang elbih baik dengan bukaan kanta F1.7 dan meningkatkan saiz pixel kepada 1.4μm.
Ini adalah untuk membolehkan kita mengambil gambar dalam keadaan kadar cahaya yang rendah dengan kualiti gambar yang lebih bagus.
Always-on Display
Samsung memberikan ciri 'Always-on Display', dimana maklumat seperti masa, tarikh, kalendar dan notification akan sentiasa dipaparkan. Mungkin yang risau ia akan memakan bateri yang lebih, namum Samsung menjanjikan ia ahanya akan menggunakan hanya 1% sahaja daripada purata penggunaan bateri.
Ia hanya akan menyalakan beberapa bilangan piksel tertentu sahaj pada quad HD skrin AMOLED manakala ketika ia berfungsi (melalui IGN).
Selain itu dengan ciri terbaru ini ai akan mati secara automatik selepas berada dalam poket atau beg selepas satu minit.
Water Cooling
Mungkin ini berita baik buat mereka yang gemar bermain game di telefon pintar, teruatama game yang menggunakan grafik yang tinggi serta mampu membuatkan telefon jadi cepat panas.
Aku pernah dengar pasal water cooling ini, tapi itu pada CPU komputer. Samsung mencipta tiub 0.4mm tebal dengan tujuan untuk menjadi penyebar haba untuk mengurankan pemanasan pada beberapa komponen penting pada telefon ini.
Namum belum dapat dipastikan sejauh mana keberkesanan ciri terbaru ini.