Penting untuk kita pastikan blog kita sifar masalah Not Found Crawl Errors, ianya adalah gejala tidak sihat untuk blog kita, lebih-lebih lagi ia juga turut akan memberi kesan kepada entri kita di SERP.
Kebiasaannya punca utama yang menyebabkan Not Found Crawl Errors adalah apabila link yang sudah diindeks oleh google namum link itu tidak aktif atau telah berubah struktur link tersebut atau kita telah padam entri tersebut. Selalunya apabila link tiakda aktif tadi diklik ia akan memaparkan 404 error.
Ia juga dikenali sebagai masalah broken External link.
Jika entri itu masih kita perlukan, jadi kita perlu rawat broken Not Found link error 404 tersebut. Caranya cukup mudah, cuma memerlukan kerajinan kita jika terlalu banyak Crawl Errors.
Cara Memperbaiki URL Crawl Error di WEBMASTER TOOLS
Aku akan bahagian kaedah membaiki kepada dua bahagian, sebab kita perlu membuka kedua-duanya secara serentak untuk memudahkan tugas-tugas kita membaiki link crawl error tadi.Aku andaikan semuanya sudah mendaftar blog mereka di Google Webmaster Tools, kalau belum cepat-cepat pergi daftar.
Semak Crawl Errors di Webmaster Tools.
1. Buka dashboard Google Webmaster Tools > Crawl > Crawl Errors. Selepas itu kan dipaparkan data URL Errors. Kita fokus pada bahagian "Not Found".2. Klik pada Not Found. Kita akan dapat lihat senarai URL blog kita yag bermasalah.
3. Klik pada URL link yang kita mahu baiki.
4. Selepas itu kita akan dapat pastikan apakah punca masalah URL tadi. Macam contoh gambr diatas, URL errors adalah disebabkan link tersebut tidak lengkap, mungkin disebabkan aku telah emnukar struktur link tersebut.
5. Sekarang anda buka blog anda dan cari URL sebenarnya link yang bermasalah ini.
6. Salin link yang bermasalah atau URL error tadi dan juga link yang sebenar atau yang masih aktif, ataupun link yang kita mahu URL ini redirect nanti.
Jangan tutup lagi tab Google Webmaster Tools ini, kerana anda perlu kembali ke laman ini di langkah akhir nanti.
Membaiki URL Not Found di Blogger.com
1. Buka ke dashboard blogger > Setting > Search Preferences > Lihat pada bahagian "Errors and redirections" > Custom redirect .2. Klik "edit".
3. Selepas itu klik " New Redirect".
4. Akan keluar dua kotak untuk anda isi. Pada ruangan "From" anda perlu isi link yang bermasalah/ URL errors. Dan pada kota "To" anda perlu isi link aktif/asal atau link yang anda mahu redirect.
Untuk mengisi pada ruangan ini anda perlu isi denagn cermat agar tidak tersilap. Ikut contoh seperti dibawah:
Pastikan link yang diisi diawali dengan " / ".
From: "/2016/01/tajuk-entri-anda
To : "/2016/01/tajuk-entri-anda-sebenar.html
5. Selepas itu anda perlu tick pada kotak "Permanent".
6. Akhir sekali anda klik "Save Changes"
Sekali lagi anda perlu buka kembali Google Webmaster Tools, dan anda perlu klik pada "Mark as Fixed".
Sekian dahalu entri tutorial kalini, semoga bermanfaat kepada semua blogger diluar sana. Jangan lupa baca entri saya yang sebelum ini iaitu :