-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Writing Block Nak Tulis Blog?

Writing block bagi aku adalah mimpi ngeri buat seorang penulis. Kreativiti menulis tersekat dan anda jadi 'blur' otak jadi 'blank' apabila nak menaip.

Aku rasa sekarang aku ada simptom kepada sindrom ini. Apabila bukan dashboard blog, nak menaip satu entri baru memang tersangatlah susah.

Screen laptop tiba-tiba kelihatan begitu kosong, entah apa hendak ditulis.

Taip satu patah perkataan, padam balik. Baru taip satu perenggan, padam balik. Memang, nak siapkan entri ini pun sudah berapa puluh kali aku padam balik apa yang aku nak taip.

Entahlah apa masalah, mungkin inilah apa yang atuk aku cakap pasal writing block.

Penyakit ini memang masalah besar kepada mereka yang memang kerja dia menulis. Tak kiralah kau penulis blog, penulis lirik, skrip drama, novelis dan semua kaum kerabat penulis.

Lebih teruk aku rasa apabila memang dia memang mencari rezeki dengan menulis. Kelembapan kreaviti untuk menulis ini akan menjadi masalah besar.

Writing Block Nak Tulis Blog?

Langsung Tak Ada Idea

Fikir-punya fikir langsung tak ada idea. Ini memang kejam, kalau tak ada idea macam mana nak tulis blog.

Serebrum otak aku rasanya sudah makin mengecil agaknya.

Idea sememangnya ada banyak berlegar didunia ini, tetapi satu pun tak nak hinggap dekat kepala otak aku ini.

Datanglah wahai idea, walaupun setitik.

Ada Idea Tapi Masih Tak Boleh Menulis

Idea sudah datang selepas diseru, tapi ada idea pun tak guna apabila kita tak boleh pula nak cairkan idea untuk hasilkan entri.

Adakalanya aku rasa ia ada kaitan dengan mood, tapi takkanlah tiap-tiap hari mood menulis aku pergi kelaut tangkap ikan.

Memang dah ada idea cantik nak menulis, tetapi jari jemari masih tersekat untuk melunaskan idea yang tersimpan. Akhirnya ia tersimpan dalam laci 'draf'.

Tip Mengatasi Writing Block

Aku pergi tanya pakcik aku di Amerika (Uncle Google) pasal writing block ini. Ada yang cakap ada 3 kemungkinan yang boleh menyebabkan hal ini berlaku iaitu:-

  • Masa tak sesuai - Mungkin itu bukan masa yang sesuai untuk aku menulis. Dah ada idea-idea tapi belum masak jadi kena peram terlebih dahulu.
  • Takut pada kritikan - Ada penulis yang ada rasa risau atau takut untuk publish idea penulisan mereka untuk dibaca oleh orang ramai, takut ia akan dikritik. Aku rasa aku tak ada masalah ini.
  • Kesempurnaan - Ini jenis yang terlalu obses dengan kesempurnaan, mungkin bagus sebab ada orang mahukan apa yang ditulis itu tepat sebelum dibaca oleh orang lain.

Ada sedikit tips yang uncle Google bagi iaitu

  • Pergi berjalan-jalan ambil angin.
  • Elakkan gangguan. Fokus hanya untuk menulis.
  • Lakukan sesuatu untuk menlancarkan peredaran darah. (Aku nak pergi buat sit up jap.)
  • Bermain. (Mainlah apa-apa pun. Jangan main judi sudahlah.)
  • Ubah persekitaran. (Mungkin korang dah bosan dengan persekitaran tu.)
  • Baca buku.
  • Layan lagu. (Aku gi pasang lagu S.Y.J jap.)
  • Buat perkara yang korang suak buat.
  • Pergi luangkan masa/lepak bersama orang yang korang suka.
  • Brainstorm idea dengan buat peta minda. (Macam zaman sekolah dulu-dulu)


Okeylah, aku nak keluar ambik angin kejap, manalah tahu ada idea yang dibawa angin lalu membawa diriku......

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail