Sebagai salah satu jawatan penting dalam jabatan kerajaan, tugas Pegawai Tabdir dan Diplomatik adalah merangkumi seperti berikut :-
- Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi
- Pengurusan Kewangan
- Keselamatan dan Pertahanan Negara
- Pengurusan Teknologi Maklumat
- Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur
- Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
- Pengurusan Ekonomi
- Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri
Jawatan ini adalah dianggap sebagai barisan hadapan jabatan kerajaan dan juga barisan kepimpinan yang akan menggerakkan mana-mana jabatan tempat mereka bertugas.

Disebabkan itu proses pengambilan Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah ketat. Setiap calon yang terpilih perlu menduduki peperiksaan diperingkat awal untuk tapisan sebelum layak untuk ke peringkat yang seterusnya.
Bukan senang sebenarnya hendak lulus masuk kerja kerajaan.
Bukan senang sebenarnya hendak lulus masuk kerja kerajaan.
Kali ini cuma ada 300 jawatan yang kosong dan perlu memilih beribu-ribu calon lain yang memohon.
Sebagai salah satu langkah persediaan sebelum menduduki peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik, kita kenalpasti terlebih dahulu format soalan yang bakal di jawap oleh setiap calon.
Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
SPA telah menperkenalkan peperiksaan secara online sejak tahun 2014 lagi. Ini adalah peringkat tapisan awal untuk setiap calon yang terpilih.
Pada tahun 2016, format peperiksaan online PTD telah berubah dengan tidak ada lagi seksyen C untuk soalan ujian psikometrik. Format peperiksaan online PTD 2016 kini telah dibahagikan kepada dua seksyen iaitu :-
- Seksyen A – Pengetahuan am
- Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
Seksyen A - Pengetahuan Am
Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50
Apa soalan yang akan ditanyakan dalam bahagian ini akan bersangkut paut tentang pentadbiran, sosio ekonomi, kewangan, teknologi maklumat dan sebagainya.
Calon disarankan juga untuk membuat ulangkaji berkenaan dasar-dasar terbaru yang pihak kerajaan umumkan.
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40
1. Kemahiran Logik
Kemahiran logik adalah untuk menilai cara kita menyelesaikan masalah secara logik berdasarkan kemahiran daya fikiran. Dengan kemahiran berfikir yang tinggi setiap maklumat-maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk menyelesaikan setiap masalah muncul.
2. Kemahiran Interprestasi Data
Dalam bahagian ini calon perlu mahir dalam menganalisa graf, statistik dan jadual. Calon akan diuji dengan masalah yang diberikan dalam bentuk perangkaan.
3. Kaedah Matematik
Seksyen ini pula untuk menguji kemahiran matematik calon, soalan-soalan seperti pengiraan algebara dan geometri akan diajukan. Biasanya soalan-soalan matematik tidak menjadi masalah besar kerana ia sama yang dipelajari ketika menduduki peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Peperiksaan Online Pegawai tadbir dan Diplomatik akan dijalankan pada hari selasa 19 Januari 2016. Bermula dari jam 8.00 malam hingga 9.40 malam. Jadi setiap calon cuma ada masa selama 1 jam 40 minit sahaja untuk menyelesaikan menjawab semua soalan.
Selamat menjawab soalan dengan tenang. Semoga berjaya kepada setiap calon yang bakal menduduki peperiksaan dan berjaya terpilih untuk berkhidmat dan bekerja dalam jabatan kerajaan. Jangan lupa untuk dapatkan Tips Exam PTD daripada Prof Hariz di http://profhariz.com/pegawai-tadbir-diplomatik-m41/
Jangan lupa untuk baca entri berkaitan Peperiksaan Online Penolong Pengawai Tadbir N29 juga.