-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Pentingnya Kita Membayar Bil Pembentungan IWK

Kita semua tahu pasal sistem pembentungan, namum ramai yang tak sedar dan hanya mengambil mudah tentang pembayaran bil pembentungan perkara ini.

Bak kata perpatah "barang yang lepas jangan dikenang" tetapi dalam hal ini bil Indah Water Konsortium (IWK) kita tak boleh buat tak kisah dan langsung tak membuat pembayaran.

Sikap ini mungin disebabkan oleh ramai orang yang tidak tahu dan tak nak ambil tahu pasal kepentingan perkhidmatan pembentungan dan menganggap ia tidak ada kaitan dan memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Ya, secara mata kasar kita macam tak terlibat. Tetapi tugas-tugas yang kita tak nampak inilah yang dibuat oleh IWK untuk memastikan  air kumbahan dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke sistem pengairan seperti sungai, parit dan laut.

Pentingnya Kita Membayar Bil Pembentungan IWK


Ini akan membantu kebersihan dan memelihari sumber air disamping akan mewujudkan persekitaran untuk kita hidup bersih dan selamat.

Kerja IWK adalah untuk memastikan sistem pembentungan diselenggara dengan berkesan. Inilah tugas penting yang kita semua tak nampak dan mungkin kita tak nak buat.

Tugas kita pula hanya menjelaskan pembayaran bil pembentungan kepada IWK. Jadi secara tak langsung kita juga menyumbnag kepada memelihara alam sekitar.

Kan memang amanah kita untuk menjaga alam sekitar agar ia tidak rosak.

Lagipun rasanya bil pembentungan ini tidak semahal bil-bil yang selalu kita bayar. Jadi apa salahnya jika kita ambil langkah ini sebagai sumbangan kita kepada alam sekitar.

Kos untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan merawat air kumbahan bukannya percuma, bayangkan pihak IWK perlu menjaga sebanyak 6382 loji rawatan dengan jumlah panjang rangkaian paip pembetungan bawah tanah adalah 17,554km.


Tawaran Menarik Untuk Pembayar Bil IWK

Pentingnya Kita Membayar Bil Pembentungan IWK


Jika anda ada rasa tergerak hati hendak pergi bayar bil, ada promosi hebat daripada IWK pada bulan januari 2016 ini.

Lebih kurang macam kontest la juga, dengan tawaran untuk memenangi Kad eksklusif IWK-Touch 'n' GO.

Bermula 11 sehingga 31 Januari 2016. Anda cuma perlu ambil gambar (screenshot) resip online dan e-mailkan bukti pembayaran kepada iwkcontest@gmail.com.

Namum ia hanya terhad untuk 300 orang yang pertama.

Ada lagi tawaran menarik ialah kepada 45 orang yang pertama akan diberikan beg laptop IWK yan bernilai RM150.

#iwkcleantheunseen

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail