-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Antara Tradisi dan Pinky

Malas aku nak berkias, aku nak cerita pasal penajaan Pamoga Qu Puteh kepada pasukan Kelantan. Seluruh alam Malaya sudah tahu cerita ini. Antara berita bolasepak terhangat pra-musim 2016.

Tradisi benda yang kita bawa turun-temurun. Apa yang tok nenek kita buat dahulu itulah yang kita sambung hari ini.

Dari segi sejarah bendera negeri Kelantan yang berwarna Merah Putih mula digunakan secara rasmi pada tahun 1924. Sebelum itu bendera Kelantan adalah bertemakan biru gelap dan putih dengan lambangnya adalah tulisan khat berbentuk harimau dengan tulisan khat potongan ayat daripada surah As-Saff. Namum ianya hanya digunakan secara rasmi daripada tahun 1912 sehingga 1923.

Selepas itu kekal identiti rakyat Kelantan dengan semangat Merah Putih. Dan sukan bolasepak pula antara alat penyatuan seluruh rakyat Kelantan yang bersorak dibawah satu panji Merah Putih walaupun berbeda idealogi.

Legasi bolasepak Kelantan ada sejarahnya yang tersendiri. Dan kebangkitan ketara pasukan Kelantan adalah pada tahun 2009 dan mendapat jolokan The Red Warriors. Struktur bolasepak Kelantan berubah pada tahun 2008 apabila Tan Sri Anuar Musa (TSAM) mengambil alih pengurusan pasukan ini dan dijenamakan dengan The Red Warriors (TRW).

Dalam struktur baru itu, pasukan Kelantan dipadukan dengan penajaan daripada syarikat-syarikat besar antara yang pernah menjadi penaja pasukan Kelantan adalah Air Asia, Hotlink dan Chengal Jati dan banyak lagi penaja-penaja kecil yang lain.

Sebab itu, salah satu cara Kelantan hendak memikat tajaan adalah dengan cop trademark penaja pada jersi. Tak kisah apa orang nak kata 'Ini jersi ke papan iklan', sebab kami tahu itulah denyut nadi pasukan Kelantan yang terpaksa berdikari mencari dana untuk kelangsungan pasukan.

Antara Tradisi dan Pinky

Pra-musim 2016 kembali hangat apabila Dato Seri Vida (DSV) menyatakan kesudian untuk menjadi penaja dengan tajaan yang cukup besar untuk tempoh dua musim. Dan isunya bermula apabila 35 syarat yang diletakkan.

Pada awalnya para penyokong juga yang mencanangkan agar DSV menaja pasukan Kelantan dimedia-media sosial. Sebab memang DSV sekarang ini tengah 'galak' menaja beberapa program hiburan di kaca tv.

Namum isunya timbul apabila beberapa syarat yang luar kebiasaan diminta oleh DSV. Maka titik bersilang antara Merah Putih dan Pinky, ada dikalangan penyokong yang "tidak berlaga angin" dengan syarat-syarat yang DVS tetapkan.

Jersi utama Kelantan adalah Merah Putih sebagai teras pasukan. Dan itulah trademark pasukan Kelantan. Jadi sudah semestinya ada penyokong yang rasa terkilan apabila disebabkan penaja warna tradisi itu mahu dirubah.

Pink kita tahu ia warna yang lembut, dan Kelantan membawa Legasi Mat Che Su " Bolasepak pemainan lelaki..permainan kasar di atas padang..biasalah".

Dan penaja seharusnya faham dan hormati tradisi pasukan. Penajaan memang perlu, sebab itu kebanyakkan penaja akan menaja pasukan bolasepak yang kena dengan tema korporat mereka.

Macam beberapa penajaan terdahulu AirAsia, Hotlink tema korporat mereka memang merah dan putih. Jadi memang kenalah tajaan mereka untu pasukan Kelantan. Namum ada juga penaja yang dan warna korporat yang berbeza seperti Chengal Jati yang masukkan Merah Biru. Tapi mereka tak usik untuk warna jersi utama.

Sebab kedua-duanya membawa jenama tersendiri. Pasukan bolasepak seperti Kelantan sudah membawa jenama dia tersendiri "The Red Warriors". Dan DSV ada penjenamaannya sendiri "Pamoga Qu Puteh". Jadi siapa yang perlu dan patut terasimilasi?

Mungkin ada yang anggap isu warna jeris tiada masalah, sebab yang utama dan penting sekarang adalah dana kewangan yang cukup. Dan aku tidak bantah 100% penajaan DSV, sebab beberapa isu seperti tunggakkan gaji pemain dapat diselesaikan dan wajah baru stadium yang sudah uzur juga dapat dilunaskan.

Tak mengapalah sebab tema warna jersi bila-bila masa boleh diubah. Penaja pula datang dan pergi yang tinggal nanti adalah pasukan Kelantan dan penyokong setianya dengan cara yang tersendiri.

p/s: Takir, takir jugok, tapi sokong tetap sokong

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail