Selepas tersebarnya video Amazon Prime Air yang mendarat dan meletakkan barang pelanggan sungguh mengujakan, nampak canggih. Bayangkan kalau e-store Malaysia buat macam nie.
Namum adakah dengan penggunaan Drone yang dinamakan Amazon Prime Air ini begitu praktikal untuk menghantar setiap barangan yang dipesan oleh pelanggan. Apakah cabaran besar yang dihadapi oleh drone ini untuk memastikan barang sampai ke tangan pelanggan?

Dalam video tersebut drone Amazon menghantar barang dengan mendarat di satu kawasan lapang di rumah pelanggan. Siap ada logo Amazon diatas kawasan mendarat tersebut.
Lagi satu bagaimana jika rumah pelanggan tiada ruang kawasan lapang untuk membolehkan drone mendarat. Lebih-lebih lagi jika pelanggan yang tinggal dirumah macam apartment. Nak mendarat dekat mana?