-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Selamat Tinggal 2015

Sedar tak sedar hari ini adalah hari terakhir 2015. Banyak pengalaman dalam tahun ini yang dapat aku belajar dan harap dapat diteruskan jadi lebih baik untuk tahun hadapan.

Blog ini juga agak cemerlang pada tahun ini disamping pengalaman hidup. Banyak benda ynag aku dapat melalui blogging tahun ini. Jadi harap dapat diteruskan untuk tahun hadapan.

Dalam kehidupan pula, aku sudah duduk rumah baru, jadi itu salah satu titik penting dalam kehidupan. Jadi untuk seterusnya, terus fokus target lain pula.

Memang adat dia sebuah kehidupan ada suka dan duka. Kalau boleh kita ambil cuma yang positif untuk dibawa masuk akaun tahun hadapan.

Satu anjakkan perlu dilakukan untuk tahun hadapan, nak jadi yang lebih baik...semua orang nak macam tu kan.

Maklumlah kita telah diseru untuk buat #2kerja. Dalam keadaan yang tak menentu zaman sekarang ni, macam-macam boleh berlaku. Jadi nak sediakan payung yang lebih besar sikitlah.

Selamat Tinggal 2015

Tahun hadapan tak ada azam baru kot, cuma nak buat penambahbaikkan apa yang sudah dibuat. Ada yang tak sempurna lagi tuh.

Tahun 2016, sebenarnya tahun cabaran bagi aku. Sebab akan bertambah seorang lagi ahli baru dalam keluarga baru. Tak sabar nak sambut orang baru.

Semoga yang terbaik sahaja akan singgah pada tahun hadapan, dan jadi orang yang semakin kuat menempuh dugaan.

Ujian tetap ada, mana boleh kita nak lari macam tu aje. Dah lumrah kehidupan macam tu.

Nak atau tidak kita rempuh saja dinding itu.

Selamat tahun baru buat semua pembaca BloggerLelaki.com. Semoga tahun hadapan korang semua akan lebih cemerlang dan padu.


Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail