IWK? Apa tu? IWK adalah singkatan bagi Indah Water Konsortium Sdn Bhd. Ini adalah sebuah syarikat pembentungan di Malaysia.
IWK adalah syarikat milik kerajaan yang menjalankan kerja-kerja untuk membangunkan dan menyelenggara sistem pembentungan.
Menjadi tanggungjawab IWK untuk memastikan sistem pembentungan teratur dan efisien diselenggara dengan baik, supaya kita semua menikmati persekitaran yang bersih dan sihat.
Sistem pembentungan adalah penting bagi negara kita, sebab kita kena pastikan air sisa yang dilepaskan dari rumah/premis kita ke sungai adalah air yang bersih dan sudah dirawat. Jadi sungai kita tidak tercemar.
Bayangkan jika sungai kita tercemar, bagaimana keadaannya? Kita semua tahu air adalah nikmat besar kepada kita.

Peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015
Kini IWK sedang menganjurkan satu contest, dalam usaha untuk rakyat lebih dekat dengan IWK. Saru peraduan mudah iaitu IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015 sedang berlangsung. Jadi kepada semua kaki selfie, bolehlah turut serta dalam contest ini.
Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan syarat-syaratnya adalah seperti di bawah.
Terma & Syarat IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015
Pertandingan ini khas buat seluruh rakyat Malaysia kecuali kakitangan Indah Water. Dengan bertemakan ‘IWK & I’ peserta dikehendaki ‘selfie’ atau ‘wefie’ di mana-mana bangunan IWK atau bersama kakitangan IWK yang bertugas.Gambar penyertaan haruslah menggambarkan imej dan mesej yang positif sesuai dengan IWK.
Tempoh Contest
1 Disember sehingga 28 Disember 2015Week 1 : 1 – 7 Disember 2015
Week 2 : 8 – 14 Disember 2015
Week 3 : 15 – 21 Disember 2015
Week 4 : 22 – 28 Disember 2015
Pemilihan Pemenang IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015
Pemenang mingguan akan dipilih dan seorang pemenang bertuah daripada empat pemenang mingguan akan dinobatkan sebagai pemenang ‘People Choice Award’
Cara Penyertaan
Penyertaan hendaklah dihantar melalui email dan sertakan bersama :
Nama
Nombor Telefon
Alamat
Lokasi gambar
Email dan ‘Caption’ yang bersesuaian dengan gambar yang diambil
Hadiah Peraduan
1) Pemenang Mingguan – Voucher AEON RM300
2) People Choice Award – Nikon Waterproof Compact Camera
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hantar ke iwkcontest@gmail.com.
Maklumat lanjut peraduan boleh anda layari di laman web rasmi Indah Water Konsortium atau Fanpage Indah Water Konsortium dan Twitter @iwkcomms
Jadi marilah kita bersama Indah Water Konsortium (IWK) dalam memastikan kelestarian alam sekitar kita terjamin.
#iwkselfie2015 #iwkcleantheunseen