Tetapi penyelidikan daripada China lain macam sikit, mereka nampaknya ingin maju selangkah kehadapan dengan merekacipta kereta yang dipandu menggunakan kuasa minda.
Penyelidik di Universiti Nankai di Tianjin, China sedang memnbangunkan kereta yang dikatakan boleh dipandu dengan hanya menggunakan 'kuasa minda', projek ini adalah dengan kerjasama pengeluar kereta China, Great Wall Motor.
Kereta tersebut boleh dipandu ke hadapan, ke belakang, berhenti dan juga boleh dikunci dan dibuka tanpa pemandu menggunakan tangan dan kaki.

Sistem ini dibina dengan 16 sensor yang 'membaca' signal EEG (electroencephalogram) daripada otak pemandu.
Sistem ini memerlukan pemandu memberikan perhatian. Bayangkan kalau kita tengah serabut, macam mana nak bawa kereta macam nie..hahaha...pergi kerja kena marah dengan bos, balik kerja nak hadap jalan jem...hmmmm
Mungkin rekaan ini nampak futuristik, canggih yang amat. Tetapi untuk melihat kereta dikawal oleh kuasa minda diatas jalan raya mungkin seperti kita mengimpikan memandu kereta terbang.