Ada beberapa blog ini memang popular. Dan sudah boleh dianggap sebagai berjaya. Namum sudah pasti ada punca yang melonjak nama blog mereka untuk terus menjadi popular dan mempunyai peminat yang tersendiri.
Daripada itu kita dapat lihat beberapa faktor yang bagi aku mungkin menjadi asas kepada kejayaan blog-blog popular ini. Tetapi ingat ini hanyalah pendapat peribadi aku, boleh kongsikan apa pula pendapat korang nanti.

1. Cari Dan Terbitkan Artikel Gempak Untuk diViralkan
TheVocket.com antara blog yang melonjak naik begitu cepat. Mereka menggunakan kuasa viral, ledakan di medai sosial. Kini aku boleh anggap mereka sudah menjadi blog ala-ala Mashable.com dan Huffingtonpost.com.Cuba perhatikan artikel-artikel yang diterbitkan di The Vocket, mereka menulis perkara yang ada tarikan untuk orang baca.
Faktor penting dalam permainan viral adalah tajuk artikel. The Vocket bijak membuat tajuk artikel mereka yang ada kuasa tarikan, yang membuatkan orang rasa teruja untuk membaca keseluruhan artikel.
Nak buat macam The Vocket, anda perlu rajin mencari cerita-cerita menarik serta informasi yang berguna. Lagipun mereka memiliki penulis yang ramai, jadi mereka tiada masalah dari segi ketandusan idea. Ianya adalah satu gerak kerja berkumpulan.
Cuba cari apa beza antara The Vocket dengan SiakapKeli.my. Kedua-duanya memiliki mudos operandi yang lebih kurang sama
Ranking Alexa ketika entri ini ditulis adalah seperti berikut:-
TheVocket.com
- Global Rank = 71,493
- Rank in Malaysia = 644
- Global Rank = 32,399
- Rank in Malalysia = 294
2. Mereka Kenal Siapa Pembaca Blog Mereka
Maksud kenal aku disini adalah mereka tahu apa yang pembaca cari di blog mereka dan mereka tulis apa yang pembaca mahu baca. Contohnya adalah blog Paultan.org dan Amanz.my, mereka menulis blog dalam niche yang ramai orang cari (permintaan tinggi).
Seperti artikel yang pernah aku tulis 5 kategori pembaca blog
Lagi satu mereka fokus untuk menulis apa yang mereka tahu. Sehinggakan setiap artikel mereka akan dijadikan modal para pembaca berkongsi dan bertukar-tukar pendapat disamping mendapat informasi daripada blog mereka.
Jadi engagement blog-blog ini dengan pembaca sangat rapat. Blog seperti ini tiada masalah untuk mengumpulkan kumpulan pembaca setia. Sudah pastinya setiap kali pembaca ingin dapatkan informasi terkini mereka akan terus buka blog terbabit.
Blog ereka juga menpunyai kuasa mendapat trafik daripada enjin carian dan media sosial.
Ranking Alexa ketika entri ini ditulis adalah seperti berikut:-
Paultan.org
- Daily UV = 91,008
- Monthly UV = 1,665,696
- Global Rank = 5,995
- Rank in Malaysia = 44
Amanz.my
- Global rank = 49,199
- Rank in Malaysia = 421
3. Menulis Artikel Apa Yang Orang Ini Tahu
Ini juga antara faktor yang mampu menarik orang membaca blog anda, sebab setiap orang ada rasa inkuiri (rasa ingin tahu). Jadi rangkuman apa yang dapat kita berlajar daripada blog-blog diatas yang aku sebutkan tadi adalah kita perlu menulis artikel tentang apa yang orang ingin tahu.
Rasa ingin tahu pula akan ditunjangi oleh rasa ingin tahu untuk pengetahuan. Mereka membaca sebab mereka inginkan tahu sesuatu tak kiralah samaada cerita, berita, ilmu pengetahuan am atau ilmu dan sebagainya.
Sebab itu ramai yang bijak menulis artikel yang mudah menjadi viral di media sosial. Apabila mereka suka mereka akan share, serta juga mengambil kesempatan terhadap pembaca di media sosial yang suka menjadi yang pertama share maklumat terkini.
Namum semua ini juga perlu bergantung pada keperluan dan tujuan blog kita. Jika jadi kita ambil yang mana perlu untuk blog kita. Kadang-kadang tak perlu terikut sangat dengan cara orang.
Namum semua ini juga perlu bergantung pada keperluan dan tujuan blog kita. Jika jadi kita ambil yang mana perlu untuk blog kita. Kadang-kadang tak perlu terikut sangat dengan cara orang.