-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Di Tukar Ke LPPSA

BPP akan ditukarkan kepada LPPSA bermula 1 Januari 2016. Dalam siaran media itu, Kementerian Kewangan mengatakan bahawa kerajaan akan memberhentikan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) kepada penjawat awam.

Bagi kakitangan awam yang ingin memohon pinjaman perumahan boleh melayari laman web LPPSA http://www.lppsa.gov.my.

Dengan tujuan untuk menambahbaik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam. Selaras dengan itu satu badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektro Awam (LPPSA) yang juga masih dibawah Kementerian Kewangan.

LPPSA selepas ini akan menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan pinjaman perumahan penjawat awam. Jadi kepada penjawat awam yang baru berniat nak beli rumah kena ambil perhatian.

Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Di Tukar Ke LPPSA

TRANSFORMASI BPP KE LPPSA MULAI 1 JANUARI 2016

1. Penjawat Awam boleh memohon pinjaman perumahan melalui laman sesawang LPPSA (www.lppsa.gov.my) .

2. Semua dokumen pinjaman perumahan perlu disediakan oleh Panel Peguam LPPSA. Walaubagaimanapun peguam yang bukan Panel masih boleh digunakan dan tertakluk kepada kelulusan LPPSA seperti berikut:-

a) Bagi Pinjaman Perumahan Jenis 3 di mana Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani pada dan selepas 1 Januari 2015.

b) Bagi Pinjaman Perumahan Jenis 1,2,4,5,6 dan 7 di mana Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani pada dan selepas 1 Jun 2015.

3. Dokumen pinjaman baru akan digunakan di bawah LPPSA . Oleh itu dokumentasi pinjaman yang telah diluluskan hendaklah diselesaikan dan diserahkan kepada Pejabat Tanah sebelum 31 Disember 2015.

4. LPPSA akan melantik Panel Insuran baru. Semua permohonan pinjaman akan menggunakan Panel Insurans LPPSA yang akan dimuat naik di laman sesawang LPPSA (www.lppsa.gov.my) mulai 1 Januari 2016.

Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Di Tukar Ke LPPSA

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail