-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Kenapa Aku Bertukar Kepada Prepaid Onexox

Sesaja nak berkongsi pengalaman aku guna prepaid Onexox. Macam mana aku boleh bertukar kepada prepaid Onexox. Padahal dengan telco lama aku sudah guna sejak telefon pertama aku lagi, lebih kurang 7 tahun aku setia.

Secara jujurnya sebelum kenal dengan Onexox, aku susah nak terpedaya untuk tukar simkad lain. Jenis aku kalau dah pakai yang tu, aku terus pakai sampai bila-bila.

Mungkin orang kata ini cinta pandang pertama. Mulanya aku terbaca info pasal simkad Onexox, pada masa itu tidaklah kuat perasaan aku untuk tukar simkad.

Namum beberapa minggu kemudiannya, entah mimpi apa aku malam itu. Keesokkan harinya, pintu hatiku terbuka buat simkad Onexox untuk mengisi slot simkad telefon aku. Sebab aku malas nak guna banyak telefon, jadi kau MNP nombor lama aku, jadi selamat tinggal telco lama yang pernah buat aku rasa kecewa.

Kenapa Aku Bertukar Kepada Prepaid Onexox


Bukan apa, rasa terkilanlah dengan telco lama. Kadang-kadang bisa menguris perasaan, tak semena-mena kita buat panggilan, kalau orang tu tak angkat terus masuk voicemail. Dah habis 30 sen kredit aku. Kalu 10 kali masuk voicemail, dah berapa kredit aku habis sia-sia macam tu je.

Yang paling aku menyampah adalah sikap Pay Per Used (PPU). Kalau jumpa depan-depan memang aku seligi. Pernah kena dekat aku, baru je aku topup memang niat nak melanggan plan data internet. Sekali aku tersilap langkah, aku lupa nak melanggan terus "on data", peritnya bak selumbar menusuk ke jiwa hampir RM10.00 kredit aku melayan dalam masa tak sampai sejam.

Itulah saat-saat pilu jiwa aku nan setia di perkotak-katikkan. Itu belum aku cerita macam mana telco lama aku macam kawan makan kawan, api dalam serkam, gunting dalam lipatan. Sedar tak sedar kredit aku dipotong tanpa aku sedari.

Biasanya selepas aku mendapat SMS "short code" yang mengarut entah apa-apa entah kata aku dah langgan "On Cinta". Tak pasal-pasal setiap minggu aku terpaksa bertabah tengok kredit aku kena potong.

Tak ke sakit hati kalau berterusan aku rasa dipergunakan, dipermainkan perasaan. Sebab itu aku tabahkan hati bertukar kepada prepaid Onexox.

Rasa tenang sikit jiwa sebab cas voicemail cuma 6 sen sahaja. Lepas tu dah tak ada Pay Per Used (PPU) untuk data serta Onexox juga setakat ini tidak menbenarkan SMS "Short Code".

Sebelum aku terlupa sekarang Onexox ada buat Pakej Data Internet Promosi sehingga 28 FEB 216.

  • 1.5GB/30 hari = RM28.00
  • 3GB/30 hari = RM48.00
  • 4Gb/30 hari = RM58.00



Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail