-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Teknik Menulis Entri Copy & Paste

Teknik menulis entri copy & paste? Lain macam je tajuk, nak copy paste entri pun ada teknik ke.
Saja-saja aku je aku nak tulis pasal ni. Yang faham tu fahamlah, yang tak faham tu buat-buatlah faham.

Teknik Menulis Entri Copy & Paste

Sebenarnya gejala copy & paste entri blog ini bukan perkara baru. Dah berapa banyak aku baca pasal blogger lain mengamuk entri mereka di salin sebijik oleh mereka yang tak bertanggungjawab.

Royak doh key, copy paste ni saloh, bakpo duk buat jugok..hoh! Maroh! Maroh! Maroh!!!

Teknik Menulis Entri Copy & Paste

Jadi mari sini aku tunjukkan sikit teknik yang betul kalau korang nak juga copy paste entri blog tersebut. Supaya tuan punya blog itu tak marah.

1. Ambil point penting sahaja, selepas itu korang buatlah ayat sendiri dengan olahan sendiri. Jadi sekarang entri itu takkan nampak dah macam kau copy paste. Dan nampak sedikit kredibiliti kau sebagai penulis.

2. Berikan kredit kepada tuan punya entri asal. Kau jangan lupa berikan sedikit penhargaan diatas penah lelah penulis asal memerah otak, pecah kepala. Itulah caranya nak jadi blogger copy paste yang beradap.

3. Berikan nafas baru kepada entri lama yang kau nak copy paste. Mungkin entri itu sudah lama dan ketinggalan zaman, jadi kau olah balik entri lama dengan update terkini. Dengan cara ini aku sudah berikan info baru yang berguna kepada pembaca.

4. Tulis balik entri yang kau rasa sukar orang nak faham, mungkin penulis asal guna bahasa terlalu tinggi sehingga orang baca sepuluh kali pun tak faham, jadi jika kau hebat kau boleh tulis balik dalam olahan ayat yang lebih mudah difahami.

5. Korang sambunglah sendiri...

Sebenarnya itu semua hanyalah teknik kau mencari idea, ataupun kau cuma salin idea orang lain. Tak ada jalan mudah untuk kau menulis. Jadi etika penulis blog tetap juga kau kena tulis dengan ayat kau sendiri, bukan cuma sekadar dengan kemahiran menekan "ctrl + C" dan "ctrl + V" kemudian publish.


Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail