Cip Pintar ini sangat kecil, menbolehkan ia dimasukkan ke dalam kesemua jenis bateri.
Sebenarnya Profesor Yazami ini merupakan salah seorang daripada 3 pengasas kepada bateri lithium-ion, bateri telefon pintar yang kita gunakan sekarang
Buat masa sekarang, proses mengecas bateri Lithium-ion dengan tenaga eletrik yang dihadkan dalam jumlah yang kecil secara perlahan-lahan. Ia bertujuan bagi mengelakkan bateri daripada terlampau panas. Sebab itu proses mengecas telefon pintar buat masa sekarang mengambil masa yang agak lama.

Namum jika sensor ditanam dalam bateri, bateri tadi boleh dicas pada kelajua penuh kerana algoritma pada cip akan mengira jumlah sebenar cas yang masih ada dalam bateri dengan mengukur voltan dan suhu bateri.
Sensor tadi akan menproses maklumat tadi dan hantar kepada cip sensor lain yang dipasang pada AC charger, jadi proses mengecas bateri telefon pintar dapat dikurangkan.
Saintis yang berasal daripada Morocco ini juga berharap semau jenis bateri akan menggunakan cip ini, sekaligus dapat mengurangkan risiko kebakaran berpunca daripada bateri di dalam peranti elektronik dan kenderaan elektrik.