Teknologi yang tak pernah berhenti berlari, kita pula yang penat mengejar. Selepas Wi-Fi kini teknologi Li-Fi pula bakal muncul.
Li-Fi adalah teknologi tanpa wayar (wireless) untuk pemindahan data berkelajuan tinggi (High-speed) menerusi cahaya (visible light communication - VLC).
Kelajuan Li-Fi menurut saintis boleh mencecah 224 gigabits per second. Dijangkakan teknologi ini bakal merubah cara kita menggunakan internet dimasa akan datang.
Dalam satu ujikaji yang dijalankan di Tallinn, Estonia mendapati pemindahan data menggunakan Li-Fi adalah 1GB per second, bermakna ia 100 kali lebih pantas daripada kelajuan Wi-Fi.

Penemuan Li-Fi sebenarnya sudah lama oleh Harald Haas daripada University of Edinburgh, Scotland sekitar tahun 2011.
Dalam demonstrasinya yang pertama, beliau menunjukkan dengan kelipan cahaya dari LED tunggal, dia boleh menghantar lebih banyak data daripada sebuah menara selular. Rekod lab-based dihantar pada kelajuan 224 gigabit sesaat, dimana 18 buah filem - 1.5 GB setiap satu file berjaya dimuat turun setiap saat.
Teknologi ini menggunakan Visible Light Communication (VLC), medium yang menggunakan cahaya yang boleh dilihat antara 400 dan 800 Terahertz (THz). Ia berfungsi pada dasarnya seperti bentuk kod Morse yang lebih maju.
Antara kelebihan Li-Fi berbanding Wi-Fi adalah :
- Pemindahan data yang lebih pantas
- Lebih selamat kerana cahaya tidak boleh menembusi dinding
- Boleh mengurang ganguan antara peranti
Walaubagaimanapun, Li-Fi bukanlah penganti kepada Wi-Fi. kedua-dua teknologi boleh digunakan bersama-sama untuk mencapai rangkaian yang lebih cekap dan selamat.