Ketika aku masih budak-budak aku masih ingat orang duk cerita pesawat ini memang laju, kalau Concorde ni terbang rendah, dengan kelajuan serta bunyi dia boleh memecahkan semua tingkap bangunan.

Pesawat penumpang berkelajuan tinggi ini hasil gabungan kerjasama British Aircraft Corporation (British) dan Aerospatiale (Perancis). Pesawat ini mula terbang di angkasaraya pada tahun 1969, tujuh tahun kemudiannya barulah ia pesawat ini digunakan untuk membawa penumpang.
Pesawat ini hanya dibina sebanyak 20 unit sahaja termasuk 6 bukan pesawat penumpang. Harga pesawat ini pada tahun 1977 adalah £ 23 million( bersamaan £ 128 million pada tahun 2015).
Concorde mampu membawa penumpang seramai 92-120 penumpang dengan 3 orang krew (2 pilot dan 1 flight engineer)

Penerbangan Terakhir Concorde
Namum perkhidmatan Concorde Jet Supersonic ini berakhir jua selepas 27 tahun gah menerjah awan dengan kelajuan luar biasa. Penerbangan terakhir Concorde adalah pada 24 Oktober 2003 bagi perjalanan dari London ke New York. Pilot Concorde pada penerbangan terakhir itu adalah Mike Bannister.Antara sebab mengapa perkhidmatan Concorde tidak diteruskan adalah kos penyelenggaraa serta kos pembiayaan yang sangat mahal. Ada juga yang menyatakan pemberhentian ini disebabkan oleh satu kemalangan yang teruk melibatkan pesawat Concorde pada Julai,2000.
Tragedi Hitam Pesawat Concorde
Kemalangan yang berlaku pada tahun 2000 itu telah meleburkan rekod bersih keselamatan penerbangan Concorde yang dipertahankan selama 25 tahun. Inilah satu-satunya kemalangan yang melibatkan Concorde.
Tiba-tiba teringat pula tragedi yang melanda negara kita iaitu MH370 dan MH17.
Didalam tragedi terbabit, seramai 113 nyawa telah terkorban yang melibatkan 100 orang penumpang, 9 krew pesawat dan 4 nyawa orang awam. Majoriti nyawa yang menjadi korban adalah dari negara German.
Tragedi yang menimpa pesawat Concorde dengan nombor penerbangan AF4590. Pesawat ini telah terhempas selepas 2 minit berlepas dari landasan di lapangan terbang Charles de Gaulle, Paris, Perancis.

Salah satu daripada enjin pesawat ini telah terbakar, lalu mengakibatkan pesawat Supersonic ini terhempas ke bumi menhentam bangunan hotel iaitu Hotelissimo Les Relais Bleus Hotel di Gonesse.
Menurut siasatan rasmi dijalankan oleh Biro d'Enquêtes et d'Analisis pour la Sécurité de l'Aviation Civile (BEA), kemalangan itu disebabkan oleh sekeping logam yang jatuh dari Continental Airlines DC-10 yang telah berlepas beberapa minit lebih awal.
Serpihan logam tadi telah pancitkan tayar di sebelah kiri roda bogie utama Concorde semasa berlepas.
Tayar tadi telah meletup, dan sekeping getah telah menghentam tangki bahan api, lalu menyebabkan kebocoran bahan api dan sekaligus menyebabkan kebakaran.
Anak kapal telah bertindak menutup enjin nombor 2 selepas mendapat amaran kebakaran, dan enjin nombor 1 hanya mampu menghasilkan kuasa yang sedikit, pesawat itu tidak berjaya untuk mendapatkan ketinggian atau kelajuan yang diperlukan.
Selepas itu pesawat Concorde telah terhempas, lalu jatuh tersungkur ke bumi.
Lagenda Supersonic Jet Concorde Kembali?
Pada September 2015, ada ura-ura akan kembalinya pesawat lagenda ini di arena penerbangan awam. Pesawat supersonic penumpang ini di gelar 'son of Concorde' serta diberi nama Concorde Mark 2.Concorde era baru ini di gambarkan mampu terbang dari London ke New York dalam masa hanya sejam.
Malah ia mampu terbang lebih laju daripada Concorde terdahulu dengan 4 kali ganda kelajuan bunyi - lebih kurang 2,500mph.
Satu tarikh tentatif 2019 telah dikemukakan untuk penerbangan pertama - 50 tahun selepas penerbangan sulungnya.