-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Iraq Bina Banguan Tertinggi Didunia?

Iraq dikhabarkan akan melaksanakan satu projek mega bagi membina bangunan setinggi 1152 meter 241 tingkat yang diberikan gelaran "The Bride". Bangunan pencakar langit ini akan dibina di Basra, Iraq. Malah ia bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia.

Maknanya jika bangunan ini berjaya disiapkan ia akan mengatasi ketinggian Kingdom Tower di Jeddah yang masih dalam permbinaan yang dijangkakan akan dibuka pada tahun 2019 nanti dan sekaligus menenggelamkan Burj Khalifa di Dubai yang ketinggiannya kini adalah 828 meter.

The Bride dikatakan akan menjadi Vertical City yang pertama di dunia. Bangunan ini akan dibina dengan mengabungkan 4 menara bagi menjadikan struktur bangunan ini lebih stabil. Menara 1 adalah yang paling tinggi yang letaknya disebelah selatan.

Iraq Bina Banguan Tertinggi Didunia


Pembangunan yang dicadangkan ini adalah terdiri daripada ruang komersial pejabat, runcit, kemudahan riadah, hotel dan unit kediaman

Satu lagi ciri menarik berkenaan bangunan ini adalah "The Veil", iaitu kanopi kaca yang akan menaungi seksyen bawah bangunan ini.

Bukan sebarangan kanopi, "The veil" adalah integrasi hybird solar cooling PVT panel (gabungan sistem photovoltaic-thermal), air yang dipanaskan oleh panel ini akan digunakan untk meningkatkan prestasi photovoltaic. Lalu ia akan disalurkan kepada absorption chillers. Haba yang dibekalkan kepada penjana pula akan memacu kitaran bagi menghasilkan air dingin untuk proses penyejukkan.

Iraq Bina Banguan Tertinggi Didunia

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa nama bangunan "The Bride" (Pengantin). Sebenarnya nama tersebut diambil daripada gelaran ‘the bride of the gulf’ oleh penduduk tempatan kepada kota ini. Kota Basra merupakan kawasan tanah yang subur dimana tumbuh-tumbuhan serta tanamam pertanian subur tumbuh disini, daripada situlah wujudnya gelaran itu.


Info Projek "The Bride":

Project name: the bride vertical city
Location: basra, iraq
Dates: 2014 – ongoing
Size: 1,550,000 sqm
Services provided: architectural design

Tower 1
241 storey, 964m high+188m antenna = 1,152m
= 1x lower section, 6x mid-sections, 1x top section
Total area: 650,206 sqm

Tower 2
181 storey, 724m high
= 1x lower section 4x mid-sections, 1x top section
Total area: 475,220 sqm

Tower 3
121 storey, 484m high
= 1x lower section, 2x mid-sections, 1x top section
Total area: 300,234 sqm

Tower 4
61 storey, 244m high
= 1x lower section, 0x mid-sections, 1x top section
Total area: 125,248 sqm

Area of all 4 towers
Total area: 1,550,908 sqm

Iraq Bina Banguan Tertinggi Didunia


Nampaknya begitu meriah di tanah arab, pembangunan bangunan mega mencanak naik. dari kompleks Menara Abraj Al Bait, Mekah seterusnya yang megah berdiri Burj Khalifa, Dubai disertai yang masih dalam pembinaan Kingdom Tower, Jeddah kini bakal mengambil alih The Bride, Basra pula.

Belum cukup lagi ada khabar mengatakan Dubai akan membina menara berkembar tertinggi pula, cuma kau tak pasti samaada ia telah dibina atau tidak.

Cuma aku tertanya adakah relevan pembinaan bangunan ini dengan situasi bergolak disana sekarang.

Sumber

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail