Contest ini menpertaruhkan 3 kategori dan 1 slot hadiah istimewa untuk direbut oleh para peserta yang bertanding. Dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM4000, bukan main meriah contest yang dianjurkan oleh Lynk.my untuk tahun 2015 ini.
Kepada yang masih belum hantar penyertaan, contest review ini layak untuk semua blogger-blogger Warganegara Malaysia. Cuba cek kad pengenalan masing-masing. Akan berlangsung selama 2 bulan iaitu bermula 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. Dan keputusan akan diumumkan pada 29 Disember.

Antara syarat utama contest review lynk.my 2015 ini adalah mesti daftar akaun di Lynk.my dan isi maklumat peribadi dengan selengkapnya, sebab nanti kalu menang senang penganjur nak bagi hadiah.
Artikel penyertaan boleh ditulis samaada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Tulis artikel lawa-lawa yang penting jangan ciplak, jangan tiru artikel orang lain.
Sebelum itu mari kita berkenalan terlebih dahalu dengan laman web Lynk.my ini.
Apa itu Lynk.my?
Lynk.my adalah laman yang menawarkan servis URL Shortener / pemendek URL. Mungkin ramia yang sudah tahu akan servis URL shortening ini, tapi yang ini berbeza sebab Lynk.my bertapak di Malaysia.Masih tak faham pasal sistem Lynk.my? Baiklah aku berikan contoh:
Ambil contoh macam link ini : http://www.bloggerlelaki.com/2015/10/contest-review-lynk-my-2015.html
Uniform Resource Locators (URL) ini panjang berjela, susah nak ingat dan juga banyak aksara.
Jadi dengan Lynk.my kita akan ubah struktur URL ini menjadi : http://lynk.my/QvQ
URL yang asal mempunyai 68 aksara, selepas ia dipendekkan URL itu hanya ada 19 aksara. Sudah banyak ruang yang dapat kita jimatkan.
Jangan risau, walaupun struktur link telah berubah 100% tetapi apabila ia diklik tetap akan redirect terus ke laman asalnya.
5 Kelebihan Lynk.my sebagai URL Shortener
1). Apabila kita menggunakan servis memendekkan link ini, ia akan memudahkan kita untuk memantau aktivti URL seperti jumlah klik serta lokasi geografi. Ianya sangat berguna jika kita menjual produk atau servis, dengan analitik yang lengkap kita dapat memantau statistik dan merangka gerak kerja promosi kita.Dengan itu Lynk.my ada menyediakan data statistik yang dikelaskan mengikut negeri-negeri di Malaysia. Jauh berbeza berbanding kita cuma share di media sosial, kita cuma dapat tahu jumlah like, comment serta share. Tetapi dengan servis ini, analisis kita lebih tepat kepada sasaran, kerana kita tahu berapa orang yang telah klik dan baca laman ayat jualan kita.
2). URL pendek juga lebih mudah untuk kita share di media sosial, e-mail dalam rangka promosi kita. Dengan aksara yang lebih pendek, lebih banyak ruang untuk kita menulis ayat jualan. Selain itu dengan URL yang pendek lebih senang untuk kita ingat.
Lebih-lebih lagi apabila ada sesetengah pihak yang menghadkan jumlah aksara.
Kepada yang suka buat promosi melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram pasti sukakan link yang pendek comel macam ini.
3). Kita juga boleh untuk menguruskan URL link promosi kita yang banyak. Faham-faham sahajalah apabila makin banyak link kita nak promosi, semakin pening kita dibuatnya. Kita boleh edit semula link, melihat statistik dan juga share dengan mudah.
4). Orang lebih senang nampak URL yang pendek di media sosial, jadi dengan itu ia mampu meningkatkan click through rat (CTR). Jadi gerak kerja promosi kita menjadi lebih efektif di media sosial.
5). Urusan pembayaran di Lynk.my menggunakan bank-bank utama di Malaysia. Boleh guna Maybank, CIMB, BSN dan Bank Rakyat.
Jadi memang sesuailah untuk kita orang Malaysia guna servis ini. Segala urusan akan lebih mudah dan lancar, samaada untuk publisher atau advertiser.
Peluang Menjana Wang Melalui Lynk.my
Publisher
Lynk.my juga akan membayar setiap link kita yang diklik. Tapi kita kena daftar terlebih dahulu dengan Lynk.my. Kita akan dibayar sebayak RM5 setiap 1000UV (CPM).Kita cuma perlu rajin mencari dan membuat URL yang menarik untuk menjadi viral di media sosial, semakin banayak jumlah klik yang kita dapat semakin banyak duit yang kita kumpul. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit bang.
Kena gaya dan strategi yang betul memang kita boleh buat duit dengan Lynk.my.
Ada beberapa tool yang berguna untuk para Publisher iaitu Easy Shrink, Page Shrink, Mass Shrinker dan Bookmark Script.
a). Easy Shrink - Kita tak perlu pergi sistem Lynk untuk mengubah url, cuma perlu taip ID dan setiap url akan menjadi Lynk.
b). Page Shrink - Ini pula khas buat pemilik blog / website yang ada banyak url, kita boleh guna javascript untuk ubah url asal menjadi lynk.
c). Mass Shrinker - Jika kita ada banyak url yang hendak diubah, tool ini akan menbantu mengubah url menjadi Lynk sekaligus.
d). Bookmark Script - Fungsi ini hanya perlukan kita drag and drop untuk mengubah url kepada Lynk.
Advertiser
Peluang juga kepada usahawan online untuk beriklan dengan Lynk.my. Buat campaign untuk tujuan promosi produk kita.Hanya dengan bayaran serendah RM10 kita sudah boleh melayarkan iklan kita, TANPA yuran pendaftaran.
Harga setiap iklan ditetapkan RM15 (CPM), jadi setiap klik adalah berharga RM0.015. Boleh tahan murah pengiklanan dengan Lynk.my.
Lynk.my juga terbaik sebab kita boleh gunakan keyword kita sendiri agar iklan kita tepat ke sasaran.
Iklan kita akan dpaparkan kepada orang ramai, apabila mereka klik link yang telah dipendekkan. Link itu akan singgah seketika di iklan kita sebelum redirect terus ke laman sumber asal link tersebut.
Lynk.my akan menapis agar iklan yang dipaparkan benar-benar dilihat oleh manusia, bukanya web spider. Jadi, jangan risau duit pengiklanan kita rugi begitu sahaja.
Ada juga fungsi yang kita boleh setting bajet harian iklan kita.
Malah kita juga akan dapat melihat statistik mengikut negeri-negeri di Malaysia dan juga dapat referring website.
Hadiah Contest Review Lynk.my 2015
Seperti yang aku cakap diawal tadi, contest review ini ada 3 kategori utama. Namum cukup dengan hanya satu artikel penyertaan sahaj sudah cukup untuk melayakkan peserta merebut hadiah bagi kesemua kategori.Kategori yang dipertandingkan di dalam "contest review lynk.my 2015" adalah seperti berikut :-
Top SEO
Ini adalah bagi kategori contest SEO. Buat satu entri yang disukai oleh enjin carian Google. Pemenang akan ditentukan apabila artikel tersebut berada pada ranking paling tinggi di enjin carian www.google.com.myHadiah :
- Tempat Pertama - RM500
- Tempat Kedua - RM300
- Tempat Ketiga - RM100
Top LynkUNDI
Selepas artikel penyertaan kita disahkan oleh penganjur, kita akan diberikan COntest ID. Undi akan dikira apabila ada orang klik pada link COntest ID tersebut. Jumlah undi yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang. Link Contest ID hanya akan diambil kira referral daripada blog penyertaan sahaja.Hadiah :
- Tempat Pertama - RM500
- Tempat Kedua - RM300
- Tempat Ketiga - RM100
Top Creative
Artikel penyertaan review Lynk.my kita akan dinilai oleh pihak juri, wakil daripada HEXA COOPERATION SDN BHD. Dari segi permarkahan akan diambil kira dari segi kreativiti penulisan, grafik yang menarik. Kepada yang memang ada bakat seni penulisan yang baik berpeluang merebut hadiah bagi kategori ini.Hadiah :
- Tempat Pertama - RM1000
- Tempat Kedua - RM500
- Tempat Ketiga - RM200
Untuk syarat-syarat penyertaan, anda boleh terus ke laman web penganjur untuk maklumat lanjut berkenaan contest review Lynk.my 2015 ini. Klik sini ==> http://lynk.my/aS6
Undilah saya di Contest Review Lynk.My 2015
Aku bukan nak paksa, kalau korang rasa artikel aku layak untuk diundi maka undilah dengan penuh ikhlas. Tak nak undi pun kena undi jugak.Macam mana nak undi?
Boleh klik link ini ==> http://lynk.my/tnt