-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Cara Semak dan Baiki Broken Links / Dead Links

Mungkin masih ada blogger yang tidak tahu cara untuk semak dan baiki broken links pada blog mereka. Mungkin ada juga blogger yang tak ambil peduli langsung pasal broken links (macam aku).

Sudah 3 tahun buat blog ini, langsung aku tak pernah semak broken link pada BloggerLelaki.com ini. Sekali semak, peh! berpeluh nak kena hadap kesemuanya. Aku malas nak sebut kuantitinya berapa, buat aku lemah jantung je.

Baiklah aku dah insaf, memang aku kena selesaikan segera masalah blog aku ini. Tak beri alasan langsung satu persatu broken link aku buang ke lautan Hindi. Memang aku isytihar perang habis-habisan terhadap broken link.

Sampai terpaksa korbankan link daripada komen rakan-rakan blogger sekalian. Aku ingin memohon maaf kepada mereka yang link kena padam.

Tapi kebanyakkannya memang link yang sudah tak wujud lagi, mungkin mereka sudah tak perbahurui domain tersebut. Jadi link terbabit telah jadi broken link setelah mereka tinggalkan link semasa blogwalking.

Antara perkara yang menarik juga semasa aku jalankan proses membaiki broken links ini adalah terkantoinya ada blogger yang rajin komen tapi barulah aku tahu rupanya dia sering bertukar "Nama Samaran" tetapi menggunakan link yang sama.

Selain itu aku juga dapat semak serba sedikit komen-komen yang ada pada blog aku. Ada banyak juga komen yang aku padam sebab iklan benda yang bukan-bukan, terutama blogger daripada seberang. Mbah Bomoh jangan marah ya, nomor togel gua tak minat.


Cara Semak dan Baiki Broken Links

Broken Link adalah link url yang sudah tidak aktif lagi. Dan ianya tidak sepatutnya berada pada blog kita, ada yang menyatakan broken link tidak bagus SEO.

Lagipun jika borken link itu terdapat dalam entri kita, itu sangatlah tidak bagus. Sebab mungkin ada pembaca yang klik ingin buka link tersebut, namum ia sudah tak akftif. Jadi memang perlu untuk kita sentiasa semak broken link.

a). Cara nak semak senang sahaja. Aku menggunakan tools yang disediakan BrokenLinkCheck.com. Anda hanya perlu isikan Url Blog serta Security Code sahaja, selepas itu klik "Find Broken Links Now!"

Cara Semak dan Baiki Broken Links / Dead Links


Selepas itu tunggu sehingga proses menyemak broken link selesai.


b). Seterusnya, jika anda ingin memadam broken link tadi. Anda perlu ikut step pada gambarajah dibawah.

Cara Semak dan Baiki Broken Links / Dead Links


1). Klik pada "url" untuk mengenalpasti tempat broken link berada pada entri blog kita.


2). Klink pada "src" untuk kita tahu darimana punca broken link tersebut, ia akan ditada dengan warna merah..

Cara Semak dan Baiki Broken Links / Dead Links


c). Selepas itu anda perlu cari dimana broken link tadi berada, kemudian perbaikinya.
  • Jika broken link pada artikel samaada padam link tersebut atau ubah kepada link aktif yang lain.
  • Jika broken link pada bahagian komentar, aku akan padam terus, sebab memang tak boleh ubah dah link tersebut. 
  • Anda juga perlu tau cara yang betul untuk mengesan broken link berada pada bahagian komentar. Jika tak kena caranya anda takkan jumpa broken tersebut. Caranya adalah dengan copy "title link tersebut", macam gambar dibawah, kemudian tekan "Ctrl+F" untuk cari link itu.
Cara Semak dan Baiki Broken Links / Dead Links



Ada beberapa tip lagi aku nak pesan.

Sebab tools ini ada sedikit kelemahan. Kadang-kadang selepas anda klik "src", penanda merah itu tidak menunjukkan broken link yang sebenar.

Jadi aku galakkan untuk buat "double check" samaada betulkah itu broken link. Jika bukan, anda perlu scroll naik keatas, perlahan-lahan cari broken link yang sebenar. Keadaan ini berlaku apabila ada borken link pada ruangan komentar blog kita.

Tool Free Broken Link Checker ini dihadkan untuk memproses cuma 3000 page sahaja. Jadi anda perlu ulang beberapa kali sehingga kesemua broken link lenyap daripada blog anda.

Kelemahan tools ini juga, ia cuma boleh semak ada URL utama sahaja, ia tidak boleh semak pada "single page".

Lagi sekali aku suka untuk ingatkan ini adalah caranya untuk mencari broken link bagu external link, cara nak baiki broken link untuk internal link aku akan buat tutorial yang lain.

Nak buat tips kali ini memang mudah, cuma persoalannya korang rajin ke tak nak semak dan baiki broken link...hahahaha..Jika ada apa-apa penambahan boleh komen dibawah ini.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail