-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Cara Membuat Link Pada Nombor Telefon di Website Mobile (HTML)

Dizaman ini begitu ramai yang menjalankan bisnes online. Malah ada yang lebih advance siap ada website/blog perniagaan sendiri. Masing-masing mahu melangkah kehadapan dalam memajukan bisnes dengan gaya promosi tersendiri.

Apabila kita membuat bisnes secara online, kita perlu mudahkan pelanggan kita untuk menghubungi kita. Jadi di website/blog kita akan letakkan nombor telefon, alamat e-mel, alamat facebook dan sebagainya supaya mereka yang berminat boleh berhubung secara terus.

Jadi disini, aku ada sedikit tips untuk memudahkan lagi para usahawan online yang ada website atau blog memberikan kemudahan kepada pelanggan mereka.

Cara Membuat Link Pada Nombor Telefon di Website Mobile (HTML)

Keutamaan tips ini adalah untuk pelanggan yang melayari website/blog melalui mobile. Lagipun zaman sekarang ramai orang yang melayari internet menggunakan mobile, jadi kita juga perlu selangkah kehadapan.

Kita akan membuat link terus ke nombor telefon kita untuk didail oleh pelanggan kita. Apabila orang klik sahaja pada nombor telefon, mereka akan terus dapat menghubungi kita.

Cara Membuat Link Pada Nombor Telefon di Website Mobile (HTML)

Caranya cukup senang, anda cuma perlu copy-paste sahaja code html. Kemudian letakkan dimana-mana bahagian yang anda rasa sesuai dan mudah dilihat oleh orang ramai, lebih sesuai jika diletakkan pada page contact us.

Berikut adalah contoh code html yang perlu disalin semula ke website/blog anda.

<a href="tel:+60123456XXX">+60123456XXX</a>

atau

<a href="tel:+60123456XXX">Hubungi Kami <img src="gambar_telepon.png"></a>

Jangan terlupa pula, anda perlu masukkan nombor telefon anda pada ruangan "tel:+nombor telefon anda".

Semoga dengan tips yang tak seberapa ini dapat membantu para usahawan online Malaysia.

Cara Membuat Link Pada Nombor Telefon di Website Mobile (HTML)


Baca juga :

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail